Penentuan ‘Osom’ untuk sepak mula ganti lambungan syiling di Liga Perdana Rusia

Picture
Kapten Krylya Sovetov dan FC Rostov bermain batu, kertas, gunting untuk menentukan siapa yang akan memulakan sepak mula perlawanan Liga Perdana Rusia mereka
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

PERLAWANAN Liga Perdana Rusia mencuri tumpuan apabila menggunakan permainan batu, kertas dan gunting untuk menentukan pasukan yang akan melakukan sepak mula.

MOSCOW: Liga Perdana Rusia menggantikan lambungan syiling dengan permainan batu, kertas dan gunting atau dikenali sebagai ‘osom’ di Malaysia bagi memutuskan pasukan yang akan melakukan sepak mula.


Aksi Krylya Sovetov dan FC Rostov dalam perlawanan kelmarin mencuri tumpuan selepas kaedah itu diperkenalkan buat kali pertama.



Selepas empat percubaan untuk mencari pemenang, kapten Sovetov, Aleksandr Soldatenkov berjaya memenanginya selepas menunjukkan isyarat gunting berbanding lawannya Makism Osipenko yang memilih kertas.

Dalam perlawanan itu, Sovetov menumpaskan Rostov 4-2 di Solidarnost Arena bagi melakar kemenangan ketiga musim ini.


Lambungan syiling sudah sinonim digunakan pengadil dalam mana-mana liga di bola sepak seluruh dunia, namun penentuan permainan batu, kertas dan gunting sesuatu yang baharu.

Dalam aksi tersebut, Rostov yang bersaing dalam Liga Juara-Juara pada 2016 membuka ja­ringan menerusi Nikolay Komlichenko di pertengahan babak pertama namun disamakan oleh gol sendiri Jacinto Quissanga.


Babak kedua, tuan rumah menjaringkan tiga gol menerusi Silvije Begic, Maksum Glushenkov dan Vladislav Sarveli walaupun pasukan pelawat cuba bangkit hasil jaringan Danil Glebov.

Sovetov melonjak ke tangga ke-10 liga, manakala Rostov berada di kedudukan ketiga ­tercorot.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.