Lagenda Brazil masuk ICU semula

PELE mengucapkan terima kasih kepada peminat di atas kata-kata semangat yang diberikan. FOTO AFP

Setelah keluar 3 hari, Pele dilaporkan kembali masuk ICU

Legenda bola sepak Brazil Pele dilaporkan kembali memasuki unit perawatan intensif (ICU) Rumah Sakit Albert Einstein di Sao Paulo pada Jumaat waktu setempat.


ESPN Brazil melaporkan bahwa kondisi kesihatan Pele kembali memburuk tetapi pihak hospital tidak memberikan sebarang informasi baru tentang kondisi beliau, demikian dilaporkan Reuters.

Laporan yang sama menyatakan bahawa pemenang juara Piala Dunia 3 kali dunia itu kembali masuk ICU karena mengalami kondisi acid reflux.

HOSPITAL Albert Einstein tempat Pele menerima rawatan. FOTO AFP


Lagenda berusia 80 tahun itu awal bulan ini menjalani pembedahan tumor usus dan diizinkan meninggalkan ICU pada Selasa kemarin

Semalam, anak perempuannya, Kely Nascimento berkongsi perkembangan mengenai kesihatan bapanya itu di media sosial yang disertakan gambar legenda berusia 80 tahun itu.

"Dia dalam keadaan baik selepas pembedahan, dia tidak mengalami kesakitan dan perasaannya bagus (merungut dia hanya boleh makan jello tetapi akan bertahan!)," tulis Nascimento.


"Dia akan ditempatkan di bilik biasa esok atau lusa dan kemudian pulang ke rumah."

"Bapa kuat dan degil dan bersama sokongan dan jagaan terbaik pasukan di Hospital (Albert) Einstein dan sayang yang anda berikan, tenaga dan sokongan dihantar dari seluruh dunia, dia akan melaluinya dengan baik!" tambahnya.

Legenda bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital dekat sini, awal pagi tadi selepas menjalani pembedahan ketumbuhan kolon.


"Pesakit, Edson Arantes do Nascimento berada dalam keadaan klinikal yang baik dan sudah meninggalkan unit rawatan rapi. Dia akan menjalani proses pemulihan di bilik biasa," kata Hospital Albert Einstein dalam buletin perubatan terbarunya.

"Saya teruskan setiap hari dengan lebih gembira, dengan banyak masa untuk bermain 90 minit, ditambah masa tambahan. Kita akan kembali bersama!" tulis Pele pada akaun Instagram miliknya sambil, mengucapkan terima kasih kepada peminat di atas kata-kata semangat yang diberikan.

- AFP

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.