Dani Alves suntik semangat baharu JDT

Pemain São Paulo FC / Kebangsaan Brazil, Dani Alves.

Dani Alves bakar semangat pemain JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang aksi Piala Malaysia apabila menerima kata-kata semangat daripada pemain terkemuka Brazil, Dani Alves.


Menerusi perkongsian di Instagram Story pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Alves mengucapkan selamat maju jaya kepada juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu untuk kempen Piala Malaysia bermula hujung bulan ini.



Hello kawan-kawan dari JDT. Saya mahu mengucapkan semoga berjaya untuk saingan Piala Malaysia.


“Warna anda seperti Barcelona, jadi anda perlu memenangi piala ini, Ayuh lakukannya, saya sentiasa menyokong anda,” katanya.

Pemain JDT meraikan jaringan dalam salah satu aksi Liga Super. FOTO Johor Southern Tigers
Alves yang kini berusia 38 tahun, kembali ke negaranya untuk beraksi bersama kelab tempatan, Sao Paolo.

Dia memimpin skuad kebangsaan Brazil memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo bulan lalu dengan menewaskan Sepanyol 2-1 pada aksi final.


Kejayaan terbaru itu menjadikan Alves antara pemain Brazil paling menyinar dengan mengumpul keseluruhan 43 trofi kejuaraan bersama kelab dan skuad kebangsaan.

Dia pernah mewakili kelab-kelab ternama termasuk Barcelona, Juventus dan Paris Saint Germain (PSG) serta sudah melakukan 118 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.