Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min tamatkan latihan tentera

Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dinamakan sebagai seorang daripada lima pelatih terbaik unitnya ketika dia menamatkan latihan ketenteraan wajib selama tiga minggu di Korea Selatan, hari ini.
Son tamatkan latihan tentera

Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dinamakan sebagai seorang daripada lima pelatih terbaik unitnya ketika dia menamatkan latihan ketenteraan wajib selama tiga minggu di Korea Selatan, hari ini.

Tentera Korea Selatan memuat naik gambar Son memegang senjata M-16 di laman Facebook sambil mengucapkan tahniah kerana melengkapkan latihan itu.


Semua lelaki Korea Selatan yang mampu diwajibkan menyertai latihan tentera selama hampir dua tahun, menjadikan ia seramai 600,000 anggota milik negara berkenaan – yang berdepan kira-kira 1.3 juta tentera Korea Utara.

Pada April, pemain itu melaporkan diri di sebuah kem tentera di Pulau Jeju untuk latihan asas yang membabitkan beberapa tahap selain latihan gas pemedih mata dan senjata.

Dia dipilih sebagai antara lima terbaik daripada keseluruhan 157 pelatih, kata jurucakap tentera Korea Selatan kepada AFP.


"Son melakukannya dengan baik dalam semua bahagian latihan termasuk etika tentera dan pendidikan keselamatan," katanya.


Tanda 'Likes' memenuhi gambar di Facebook itu dengan peminat mengucapkan tahniah atas kejayaan Son.


"Dia memang berkelas dunia. Saya peminat setia Son Heung-min," kata seorang veteran tentera Korea Selatan. - AFP


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.