Liverpool juara EPL 2019/2020

Liverpool juara, akhiri kemarau 30 tahun
Liverpool seharusnya juara EPL

LIVERPOOL dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris tanpa menendang bola selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 awal pagi tadi sekali gus menamatkan penantian 30 tahun gelaran Inggeris itu. 🏆

S Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlawanan selepas City di tangga kedua ketinggalan 23 mata. Liverpool hanya memerlukan dua mata untuk mengakhiri kemarau mereka selepas membelasah Crystal Palace 4-0 di Anfield, semalam.


REAKSI penyokong selepas Liverpool dinobatkan juara Liga Perdana di Anfield. FOTO AFP

Selepas kemenangan ke-28 daripada 31 perlawanan musim ini, bintang Liverpool, Mohamed Salah menegaskan 'sekarang detik untuk kami menjuarai liga' dan 24 jam kemudian hajatnya tercapai.



Liverpool mendapat apa yang diimpikan selama ini daripada Chelsea di Stamford Bridge.

Penalti Willian pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Fernandinho mengakhiri penguasaan City selama dua tahun sebagai juara bertahan. Tuan rumah sebelum itu terlebih dahulu di depan hasil jaringan Christian Pulisic sebelum disamakan Kevin De Bruyne.


Liverpool juga kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain mengatasi rekod baki lima perlawanan dikongsi bersama City dan Manchester United.


Pemain Wolverhampton Wanderers, Diogo Jota menyifatkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berhak dan seharusnya dinobatkan selaku juara EPL musim 2019/2020 sekiranya saingan liga berkenaan dihentikan berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.

Jota berkata, skuad The Reds itu hanya dipisahkan dengan hanya dua kemenangan untuk mendakap trofi EPL dan seterusnya menamatkan penantian selama 30 tahun mereka.

Malah menurutnya bintang Portugal itu, skuad kendalian Jurgen Klopp kini berada pada kelebihan 25 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang berada pada kedudukan kedua EPL ketika ini.


"Keadaan berkenaan sudah cukup untuk menganugerahkan Liverpool kejuaraan EPL musim ini. Ini ditambah dengan kualiti bola sepak yang ditunjukkan mereka sepanjang musim ini yang menjadikan mereka (Liverpool) juara sebenar.

"Jika saingan musim ini tidak dapat dimuktamadkan, saya rasa ada orang yang akan mengusulkan perkara ini (Liverpool juara EPL). Sudah tentu, ada pasukan yang akan menentang perkara ini tetapi saya rasa 95 peratus orang akan bersetuju Liverpool adalah juara EPL.


"Biarpun musim ini kami tewas kepada Liverpool dalam kedua-dua pertemuan, saya merasakan Liverpool pasukan yang kuat selain memiliki sedikit tuah untuk bergelar juara," katanya.

Untuk rekod ramai pihak termasuk bekas pemainnya, Ronnie Rosenthal dalam industri bola sepak Inggeris mahu Liverpool diberikan kejuaraan berkenaan sekiranya saingan musim ini terpaksa dihentikan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Jota mengakui Liverpool memiliki segala kualiti untuk bergelar juara EPL termasuk dengan aksi menakjubkan yang dipamerkan sepanjang musim.


Katanya, Liverpool juga dilihat memiliki pasukan yang seimbang dengan pemain yang mampu bertahan dan juga menyerang dengan baik.


"Mereka (Liverpool) adalah sangat menakjubkan musim ini. Mereka telah 'membina' perkara ini sejak beberapa tahun tahun dan kini mereka memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk berjaya.


"Oleh itu, samada saingan EPL dihentikan atau tidak, bagi saya, Liverpool adalah pemenang trofi EPL (musim ini)," katanya.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.