Barcelona akan menandatangani pertahanan berbakat Perancis, Jean-Clair Todibo secara percuma dari kelab Perancis, Toulouse pada musim panas ini, umum kelab Sepanyol itu hari ini.
Pemain berusia 19 tahun itu yang melabel pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva sebagai idolanya, akan berpindah ke Barcelona bermula 1 Julai depan.Dia hanya melakukan penampilan pertama pada Ogos lalu dan sudah beraksi sebanyak 10 kali di Ligue 1 musim ini.
Lahir di Guyana, Todibo juga beraksi dua perlawanan bersama pasukan bawah 20 tahun Perancis.
Barcelona menerusi satu kenyataan berkata: “Barcelona mencapai persetujuan dengan pemain Perancis, Jean-Clain Todibo untuk menyertai kelab bermula 1 Julai 2019.
“Kontrak pemain itu dengan Toulouse berakhir 30 Jun ini dan dia akan menyertai kami secara percuma. Dia hadir ke Barcelona selaku antara pemain paling berbakat di Eropah di posisinya.”
Todibo menyertai pertahanan Perancis, Samuel Umtiti dan Clement Lenglet di Barcelona.
Pertahanan tengah dilihat menjadi masalah utama di Barcelona selepas Umtiti dan Thomas Vermaelen berdepan masalah kecederaan.
Menurut kenyataan Barcelona, Todibo pemain pertahanan yang boleh beraksi selaku pertahanan tengah atau di bahagian tengah. – AFP