“UNTUK kita maju ke depan, kita memerlukan pemain yang lebih baik dan oleh sebab itu saya dan Diouf berada di sini untuk membantu.
“Kami akan memberikan yang terbaik, walaupun boleh dikatakan sukar tapi saya yakin jika pemain terus bekerja keras, ianya tidak mustahil untuk kita menjadi sebuah pasukan yang bagus,” demikian kata bekas pemain Hull City yang juga pertahanan import Sabah Rhinos, Abdoulaye Faye.TUNJUK PRESTASI SEBENAR
Pemain berusia 36 tahun itu, berkata, pemain yang ada sekarang perlu menunjukkan prestasi sebenar mereka jika ingin membantu pasukan ini.
“Ia bukanlah sesuatu yang mudah, kita memiliki beberapa pemain tempatan yang bagus tapi mereka perlu membuktikkan kemampuan mereka dan belajar daripada kami.
“Pemain perlu tahu peranan mereka dalam karier ini iaitu bermain dengan baik untuk bantu pasukan, jika anda mahu menang anda perlu bermain dengan baik…anda mesti tahu itu,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Likas, baru-baru ini.
BERJUANG HABIS-HABISAN
Beliau turut berharap semua pemain berjuang habis-habisan pada setiap perlawanan sebagai tanda hormat mereka kepada pasukan.“Saya seorang yang tidak suka dengan kekalahan, saya memberikan segalanya di atas padang…saya tidak mahu kalah dan saya juga mahu setiap pemain berjuang habis-habisan untuk pasukan,” katanya.
FAKTOR DIOUF
Sementara itu, Faye akui kehadiran rakan senegaranya yang juga bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf antara faktor beliau sanggup datang ke Sabah untuk mencurah bakti.Katanya, beliau telah lama mengenali Diouf khususnya ketika bersama skuad kebangsaan Senegal dan Bolton Wanderers.
“Ini kali pertama saya datang ke Malaysia, ianya sebab Dioufy (Diouf)…beliau sanggup menerima cabaran baharu di Sabah dan sebab itu saya di sini untuk bersama dengan dia membantu pasukan ini,” katanya.
SUKAKAN SABAH
Faye berkata, beliau sudah mula sukakan suasana di Sabah dan berharap beliau akan dapat membantu skuad Badak mencapai sesuatu musim depan.Faye sebelum ini pernah beraksi bersama Bolton Wanderes pada tahun 2005 hingga 2007, Newcastle United (2007-2008), Stoke City (2008-2011), Wes Ham United (2011-2012) dan kelab terakhir beliau bersama Hull City (2012-2014).
Beliau juga mempunyai 35 penampilan bersama skuad kebangsaan Senegal dari tahun 2002 hingga 2010..