N. Thanabalan bawa Malaysia ke Final Bola Sepak Sukan SEA 2017

Kickbola.net PEMAIN Malaysia,N.Thanabalan (dua kiri) meraikan gol pertama ketika menentang Indonesia pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea KL2017 di Stadium Shah Alam.
Thanabalan muncul wira Malaysia untuk mara ke Final Bola Sepak Sukan SEA

Malaysia semakin hampir dengan pingat emas apabila jaringan tunggal N. Thanabalan pada minit ke 87 menumpaskan Indonesia sebentar tadi. .

Pengendali skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu meraikan kejayaan ke final buat kali ke-12 kerana misi sebenar mereka adalah merampas semula pingat emas daripada Thailand Beliau berkata, kejayaan menundukkan Indonesia 1-0 pada separuh akhir di Stadium Shah Alam malam tadi, menyuntik keyakinan pemain untuk berdepan Thailand yang menewaskan mereka di Bangkok dalam saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23, bulan lalu.


"Saya ada tiga hari lagi untuk benar-benar gembira (final), ia bagus untuk kita layak ke final tapi kita tak boleh terlalu meraikannya, sebaliknya semua pemain kena fokus menentang Thailand.

PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea KL2017 selepas menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam. 

"Kita bermain di tempat sendiri, tiada sebab untuk kita berasa takut dengan Thailand. Memang kita kalah 0-3 dengan mereka di Bangkok, tapi final adalah permainan berbeza dan kita sudah bersedia," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.


Kim Swee menurunkan barisan terbaik dan seharusnya mendahului pada babak pertama, namun beberapa peluang terhidang gagal disempurnakan dengan baik.


Penyerang N Thanabalan gagal menanduk tepat bola hantaran lintang di depan pintu gol pada minit ke-6 manakala sepakan sudut Safawi Rasid pula ditepis keluar penjaga gawang Indonesia, Satria Tama Hardiyanto pada minit ke-29.

Kecederaan S Kumaahran menyebabkan Kim Swee terpaksa memasukkan penyerang Jafri Firdaus Chew dengan saingan babak pertama berakhir tanpa jaringan

Aksi pada separuh masa kedua lebih mendebarkan dengan kebuntuan untuk mendapatkan gol hanya mampu dileraikan menerusi tandukan Thanabalan pada minit ke-87, sekali gus mencipta gemuruh 80,000 penyokong.


Jaringan itu sudah cukup untuk membawa Malaysia bertemu Thailand di final Sukan SEA buat kali keempat, dengan kali terakhir di Kuala Lumpur 2001 menyaksikan skuad negara tewas 0-1.


"Indonesia bermain baik pada separuh masa pertama dan kita terlalu berhati-hati. Tapi pemain bangkit pada separuh masa kedua, mendominasi permainan dan menunjukkan karektor terbaik untuk menang," kata Kim Swee yang membimbing pasukan menjuarai pingat emas kali terakhir di Sukan SEA Jakarta 2011.


Terima kasih kepada semua penyokong Malaysia. Kita jumpa di final Selasa ini menentang Thailand.

#BangkitBersama
#KL2017
#FootballMalaysia


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.