Romelu Lukaku ditahan di Beverly Hills, Los Angeles

Kickbola.netROMELU Lukaku.- Foto fail AFP .
Lukaku ditahan di Beverly Hills

LOS ANGELES: Pemain Manchester United, Romelu Lukaku, didakwa kerana membuat bising dalam satu keraian di rumah sewanya.

Jabatan Polis Beverly Hills dalam kenyataannya berkata, Lukaku ditahan di rumah sementara dekat Beverly Hills itu pada 2 Julai berikutan beberapa rungutan mengenai keadaan bising di rumah berkenaan.

Kenyataan itu berkata, Lukaku dibebaskan selepas didakwa.


Pemain antarabangsa Belgium itu dijadualkan hadir di Mahkamah Los Angeles Airport pada 2 Oktober 2017.


Lukaku, 24, berada di Los Angeles bersama bintang Perancis dan Manchester United, Paul Pogba untuk bercuti. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.