London, – Diego Costa akan melalui musim hadapan secara pinjaman ke Milan selama 6 bulan sebelum dapat berpindah ke Atletico Madrid, menurut laporan di Sepanyol.
Penyerang tersebut tidak lagi menjadi pilihan utama dalam jentera serangan dalam skuad Antonio Conte di Stamford Brigde, dan dia ingin kembali ke kelab asalnya iaitu Atletico Madrid.Bagaimanapun, Atletico masih belum dapat membuat sebarang proses pembelian atau perpindahan pemain sehingga januari, oleh itu Costa tidak dapat melengkapkan perpindahannya ke kelab tersebut berada pada musim panas ini.
Dengan itu, Mundo Deportivo melaporkan bahawa Costa akan dipinjamkan ke Rossoneri selama separuh musim hadapan.
Pemain dapat berdaftar di 3 kelab pada tahun yang sama. Asalkan Costa tidak bermain di pertandingan rasmi untuk Chelsea, dia dapat menghabiskan 6 bulan di Serie A sebelum kembali ke La Liga bersama Atletico.
Sementara itu, Conte telah menandatangani Alvaro Morata sebagai pengganti Costa. “Dia memiliki banyak pengalaman dalam persaingan liga dan juga di Liga-liga juara. Dia masih muda dan akan terus berkembang dengan baik” kata Conte tentang Morata.
.