Debaran buat pemain bola sepak tempatan, Faiz Subri, berakhir dengan kegembiraan apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Puskas 2016.
Faiz Subri hari ini membuat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang memegang trofi berprestij di anugerah FIFA yang berlangsung sebentar tadi.Baca: Terkini: Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas, Gol Paling Cantik 2016
Beliau memenangi anugerah Puskas atau anugerah gol paling cantik bagi tahun 2016.
Bermula dengan 'Assalammualaikum', Faiz kelihatan sedikit gementar ketika memulakan ucapannya namun dia berjaya menghabiskan ucapan tersebut tanpa sebarang masalah.
Tahniah buat Faiz Subri. Anda seorang lagenda! Apa yang pasti, nama Faiz Subri dan gol magisnya akan dikenang satu dunia setanding dengan gol lagenda Roberto Carlos.
Video ucapan Faiz Subri (HD):
Mood Faiz Subri pon boleh lah janji Ronaldo Lima yang sebut nama tu siap wish congrats lagi. Power ! 🇲🇾#PuskasAward #TheBest pic.twitter.com/GiDgp2AwZ4— paanoag (@paanfuntastic) January 9, 2017
SWITZERLAND: Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi.
via GIPHY
Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar' hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland.
Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian.
Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini.
Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.
Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar.
Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA
2009: Cristiano Ronaldo
2010: Hamit Altintop
2011: Neymar
2012: Miroslav Stoch
2013: Zlatan Ibrahimovic
2014: James Rodriguez
2015: Wendell Lira
Kejayaan Faiz Subri itu sekaligus menjadikan gol ajaib Faiz Subri - ketika pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang - adalah gol yang tercantik di dunia sepanjang tahun 2016.
Anugerah itu disampaikan oleh Ronaldo Ronaldo LuÃs Nazário de Lima.