TERKINI: Pesawat Bawa Pasukan Kelab Bola Sepak Chapecoense Dari Brazil Terhempas Di Colombia!

Kickbola.net Pesawat Bawa Pasukan Kelab Brazil Terhempas - Associação Chapecoense de Futebol.
TERKINI: Pesawat Bawa Sebuah Kelab Bola Sepak Dari Brazil Dilaporkan Terhempas Di Colombia

Sebuah pesawat yang membawa sebuah pasukan peserta akhir untuk kejohanan bola sepak Amerika Selatan telah dilaporkan terhempas di Colombia, lapor RT.

BOGOTA: Pihak berkuasa Colombia mengesahkan pesawat yang membawa pasukan bola sepak tempatan Brazil, Chapecoense terhempas ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Medellin.


PEMAIN Chapecoense menghargai penyokong selepas perlawanan menentan San Lorenzo pada 23 November 2016. - REUTERS


Menurut kenyataan pihak lapangan terbang itu, pesawat yang membawa 27 penumpang termasuk seorang pemain skuad kebangsaan Brazil dan sembilan anak kapal itu berlepas dari Bolivia menuju ke Medellin.

Kapal terbang dengan pendaftaran CP2933 tersebut dilaporkan membawa 81 penumpang. Enam penumpang dilaporkan terselamat.

Media tempatan melaporkan pesawat jenis British Aerospace 146 itu membawa pemain pasukan Chapecoense dari Brazil untuk menentang kelab Colombia Atletico Nacional dalam perlawanan akhir Copa Sudamerica pada Rabu.


Beberapa laporan mendakwa seramai enam orang terselamat dalam nahas itu yang dipercayai berpunca akibat masalah berkaitan elektrik.

Pasukan Chapecoense yang berasal dari bandar Chapeco, selatan Brazil, menyertai Divisyen Satu sejak 2014 dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan kelab Argentina, San Lorenzo.

Kejohanan Copa Sudamerica merupakan pertandingan kedua paling penting di benua Amerika Selatan dan perlawanan akhir tersebut ditangguhkan ekoran nahas itu.

Operasi menyelamat terpaksa digerakkan menggunakan jalan darat ekoran cuaca buruk.

Bagaimanapun tiada kebakaran dikesan selepas pesawat itu terhempas, sekali gus meningkatkan harapan bahawa lebih ramai mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Menurut laporan berkenaan, pesawat yang membawa kira-kira 72 orang penumpang itu terhempas akibat kekurangan bahan api kira-kira jam 10:15 waktu tempatan di Cerro Gordo, La Union, Medellin, Colombia.


Pihak bomba La Union mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dan sedang dipindahkan dari lokasi kejadian, bagaimanapun pihak bomba belum mengesahkan jika ada melibatkan kehilangan jiwa.


Pesawat itu dikatakan membawa pasukan kelab Chapecoense menuju ke perlawanan akhir kejohanan bola sepak Amerika Selatan dijangka akan mendarat di lapangan terbang antarabangsa José María Córdova.

Sebuah video yang dikongsi di Twitter menunjukkan masa pesawat itu hilang dari pandangan di radar penerbangan.






Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.