Bapa bintang Brazil, Neymar, mendedahkan Manchester United telah membuat bidaan GBP145 juta (RM 857 juta) Februari lalu untuk membawa anaknya ke Old Trafford musim depan.
"United telah menawarkan Barcelona GBP145 juta (RM 857 juta)," katanya.Namun, dia menegaskan bahawa anaknya tidak akan kemana-mana musim depan.
"Penyokong tidak perlu gusar kerana dia gembira berada di Camp Nou."
Bagaimanapun, sehingga kini Neymar dan Barcelona masih gagal menemui sebarang persetujuan tatkala bintang Brazil itu meminta kenaikan gaji yang mendadak.
Sementara itu, media Brazil, Globo Esporte, melaporkan bahawa Neymar akan bertemu pengurusan Barcelona minggu depan bagi membincangkan masa depannya bersama kelab itu.
Walaupun Neymar mahu kekal di Sepanyol, namun sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, terdapat kemungkinan dia akan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
Selain United, Paris Saint Germain (PSG) dan Real Madrid merupakan dua pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmatnya.