Kuala Lumpur FA sasar 2 teratas Liga Perdana 2015

Kickbola.net Pasukan Kuala Lumpur FA Liga Perdana 2015
Kuala Lumpur FA sasar 2 teratas Liga Perdana 2015

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) meletakkan sasaran muncul dua pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana, musim ini bagi mencerahkan peluang beraksi pada Liga Super musim depan.

Penaungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin sasaran itu mampu dicapai oleh skuad 'The Hawks' di bawah kepimpinan baharu yang diterajui Datuk Seri Adnan Md Ikhsan yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

"Saya yakin dengan kepimpinan baharu ini termasuk pemain (baharu), ia dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan Kuala Lumpur di mana kita muncul juara Piala Malaysia tiga kali sebelum ini.

"Wajah baharu akan memberi nafas baharu kepada pasukan ini," katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan malam dan sesi pengenalan pemain Kuala Lumpur bagi musim 2015 di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pihaknya sedang berunding dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang juga pemilik Stadium Merdeka, bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menggunakan venue berkenaan sebagai gelanggang utama skuad 'The Hawks' dalam saingan Liga Perdana, musim ini.

Tengku Adnan bagaimanapun menegaskan pihaknya mempunyai alternatif lain sekiranya hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka tidak mendapat kebenaran daripada PNB.
Sementara itu, pengurus pasukan Kuala Lumpur, Datuk Paduka Izudin Ishak yakin sasaran yang diletakkan pengurusan pasukan mampu dicapai berdasarkan komitmen tinggi yang ditunjukkan pemain.

Timbalan Presiden II KLFA itu, yang pernah menjadi pengurus untuk pasukan Kuala Lumpur pada musim 2009, mengakui barisan pemain musim ini terutamanya pemain tempatan mempunyai keazaman tinggi untuk meraih kejayaan.

Kapten pasukan, Muhammad Syazwan Mohamed Rani pula berpendapat sasaran ke Liga Super musim depan bukan tekanan buat pemain sebaliknya menjadi satu motivasi untuk mereka memberikan persembahan terbaik.

"Kalau hendak kata tekanan, semua pasukan juga ada tekanan. Kita akan beri persembahan terbaik untuk naik ke Liga Super musim depan," katanya yang beraksi di posisi pertahanan.


Ketua jurulatih pasukan, Ricardo Formosinho pula mahu menggunakan pendekatan sederhana dengan menganalisis perlawanan demi perlawanan berbanding mengejar gelaran juara.

"Kami akan berdepan dengan beberapa pasukan terbaik kerana mereka mempunyai pemain terkemuka tetapi saya yakin pemain kami tidak gentar beraksi (dalam Liga Perdana," kata jurulatih dari Portugal itu yang berusia 58 tahun.

Pada majlis berkenaan, Tengku Adnan turut menerima penajaan RM2 juta daripada syarikat Spectrum Outdoor Sdn Bhd yang menjadi penaja utama pasukan Kuala Lumpur musim ini selain beberapa syarikat penaja yang lain.

Skuad 'The Hawks' diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain import iaitu Martin Ekoule dan Kalle Sone Masue (kedua-duanya dari Cameroon), Choi Hyun Yeon (Korea Selatan) dan Iyanul Ezekiel Ogunboye (Nigeria).

Kuala Lumpur layak beraksi dalam saingan Liga Perdana 2015 selepas muncul naib juara Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim lalu di belakang Kuantan FA dari Pahang.

Sebagai rekod, pasukan Kuala Lumpur pernah muncul juara Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dari 1987-1989 selain muncul juara Piala FA tiga kali pada 1993, 1994 dan 1999. - BERNAMA


INFO


Skuad KL musim 2015

Penjaga gol: Badrol Hanapi Ali, Mohd Muhaimin Mohamad.

Pertahanan: Martin Ekoule, Ahmad Jihad Ismail, Benedict Martin, Muhammad Zameer Zainun,Mohd Fairuz Abd Aziz, Muhammad Syazwan Mohamed Rani (kapten), Mohd Fariss AzlanMat Isa.

Pemain Tengah: Choi Hyun Yeon, Muhammad Fitri Kamal, Mohamad Shamirul Mohamed Rani, Mohd Fazilidin Khalid, Mohamad Lukhman Noor Hakim Jaafar, Nicholas Chan Meng-Jin, Shahrudin Yakup, Muhammad Naufal Na'im Tony Rosdin, Hattaphon Bunan, Farouk Hashim, Pritam Singh a/l Charun Singh, J Mughilan Kartik, Khairil Amri Borhan

Penyerang: Iyanul Ezekiel Ogunboye, Kalle Sone Masue, Romdhizat Jamian, Mohd Saufi Mohd Ibrahim


Pengenalan kepada skuad Liga Perdana Kuala Lumpur 2015

2 Syazwan Rani, 25, Pertahanan tengah dan kapten
Status: Bersama KL pada 2008-10, 2013-kini
Lain-lain kelab:
Majlis Bandaraya Johor Baru, Rapid KL
Penampilan untuk KL: 38 perlawanan
Gol: 2 (2014 - Liga FAM)

3 Shamirul Rani, 20, Pertahanan/Pemain tengah
Status: Bersama KL sejak 2013
Penampilan untuk KL: 11 perlawanan
Gol: -
Benedict Martin, antara anak Sarawak yg kini beraksi bersama Kuala Lumpur FA.
4 Benedict Martin, 27, Sayap/pertahanan kiri
Status: Bersama KL sejak 2013
Lain-lain kelab: Harimau Muda, Selangor, Perak, Sarawak
Penampilan untuk KL: 19 perlawanan
Gol: 1 (2011 - Sarawak: Liga Perdana)

5 Romdhizat Jaminan, 28, Penyerang
Status: Bersama KL sejak 2014
Lain-lain kelab: Perlis, Majlis Bandaraya Johor Baru
Penampilan untuk KL: 16 perlawanan
Gol: 6 (2014 - Liga FAM)

6 Fairuz Abdul Aziz, 29, Pertahanan kiri
Status: Pemain baru
Kelab lama: Sime Darby
Lain-lain kelab: Selangor

7 Hattaphon Bun An, 23 Penyerang/sayap
Status: Pemain baru
Kelab lama: Kuala Terengganu T-Team
Lain-lain kelab: Kedah
Gol: -

8 Fitri Kamal, 22, Pemain tengah
Status: Bersama KL sejak 2014
Lain-lain kelab: Sime Darby
Penampilan untuk KL: 17 perlawanan
Gol: 1 (2014 - Liga FAM)

9 Kalle Sone Masue (Cameroon), 32, Penyerang
Status: Pemain baru, bersama KL pada 2013
Lain-lain kelab: Sarawak, CS Otopeni, FCM Campina, Unirea Urziceni, Hapoel Nazareth Illit, Vitesse Arnhem, Victoria United
Penampilan untuk KL: 9 perlawanan
Gol: 3 (2013 - Liga Perdana)

10 Iyanu Ezekiel Ogunboye (Nigeria), 22, Penyerang
Status: Pemain baru
Kelab lama: DRB-Hicom
Gol: 15 (2014 - Liga Perdana)

11 Lukhman Noor Hakim Jaafar, 27, Pemain tengah/Penyerang
Status: Bersama KL sejak 2013
Lain-lain kelab: RHB Bank, Selangor
Penampilan untuk KL: 16 perlawanan
Gol: 5 (2014 - Liga FAM)

12 Muhaimin Mohamad, 23, Penjaga gol
Status: Pemain baru
Kelab lama: Kedah

13 Choi Hyun-Yeon (Korea Selatan), 30, Pemain tengah
Status: Pemain baru
Kelab lama: Harbin Yiteng (China)
Lain-lain kelab: Gyeongnam, Pohang Steelers, Jeju United

14 J. Mughilan Kartik, 27, Pemain tengah
Status: Bersama KL sejak 2013
Kelab lama: Bintang Muda
Kemunculan untuk KL: 31 perlawanan
Gol: Tiada

15 Nicholas Chan Meng Jin, 23, Pemain tengah
Status: Pemain baru
Kelab lama: Kelantan (2011)

16 Pritam Singh, 29, Pemain sayap
Status: Pemain baru, bersama KL pada 2012
Kelab lama: MISC-MIFA
Lain-lain kelab: Sabah, Kuala Terengganu T-Team, Felda United, CIMB, DBKL, MBF Cards, Telekom Melaka
Penampilan untuk KL: 17 perlawanan
Gol: 1 (2012 - Liga Super)

17 Naufal Naim Tony Rosdin, 22, Sayap/Pertahanan kanan
Status: Bersama KL sejak 2013
Lain-lain kelab: Negeri Sembilan, Sime Darby
Penampilan untuk KL: 18 perlawanan
Gol: 2 (2014 - Liga FAM)

18 Shahrudin Yakup, 28, Pemain sayap
Status: Pemain baru, Bersama KL pada 2009-10
Kelab lama: Johor
Lain-lain kelab: Sabah, Sime Darby
Penampilan untuk KL: 46 perlawanan
Gol: 3 (2009 - 2 dalam Liga Perdana; 2010 - 1 dalam Liga Super)

19 Zameer Zainun, 24, Pertahanan kiri
Status: Pemain baru, Bersama KL pada 2012
Kelab lama: Johor
Lain-lain kelab: Pos Malaysia, PKNS, Selangor
Penampilan untuk KL: 0 perlawanan

20 Fariss Azlan Mat Isa, 30, Pertahanan 
Status: Pemain baru
Kelab lama: Kedah
Lain-lain kelab: Perak, Sabah, USM, Kuala Muda Naza, Kelantan TNB, Perlis

21 Mohd Saufi Ibrahim, 31, Penyerang
Status: Pemain baru
Kelab lama: Polis DiRaja Malaysia
Lain-lain kelab: Pos Malaysia, Betaria, Johor FC, Felda United, Terengganu, Pulau Pinang

22 Badrol Hanapi Ali, 25, Penjaga gol
Status: Pemain baru
Kelab lama: PKNS
Lain-lain kelab: Kuantan, Betaria, Majlis Perbandaran Muar

23 Ahmad Jihad Ismail, 26, Pertahanan kanan
Status: Bersama KL sejak 2009
Penampilan untuk KL: 55 perlawanan
Gol: Tiada

24 Farouk Hashim, 29, Pertahanan tengah
Status: Pemain baru, bersama KL pada 2009-11
Kelab lama: Perlis
Lain-lain kelab: PKNS, Felda United
Penampilan untuk KL: 47 perlawanan
Gol: 1 (2010 - Liga Super)

25 Fazilidin Khalid, 29, Pemain tengah
Status: Pemain baru
Kelab lama: Polis DiRaja Malaysia
Lain-lain kelab: Sabah, Selangor

26 Khairil Amri Borhan, 22, Pemain sayap
Status: Bersama KL sejak 2014 (Piala Presiden)
Kemunculan untuk KL: 0 perlawanan

28 Martin Ekoule (Cameroon), 30, Pertahanan tengah
Status: Pemain baru
Kelab lama: Zeyar Shwe Myay (Myanmar)

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.