Musim ini, beliau telah menjaringkan 26 gol dalam 16 perlawanan La Liga dan tambahan lima gol dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara.
Cristiano Ronaldo telah diumumkan secara rasmi oleh Pihak FIFA awal pagi tadi sebagai Ballon d'Or 2014 iaitu pemain terbaik dunia bagi tahun kedua berturut-turut selepas menerimanya tahun lepas.
Pemain Real Madrid dah juga Portugal tersebut telah dianugerahkan anugerah tertinggi FIFA mengalahkan dua lagi pencabar utamanya iaitu Lionel Messi(Barcelona) dan Manuel Neuer(Bayern Munich)Ronaldo, 29, telah membawa pulang anugerah itu buat kali ketiga dalam kerjayanya, selepas juga memenanginya pada tahun 2008 semasa beliau bersama Manchester United.
Sejak 2008 hanya Ronaldo dan Messi yang mengisi slot untuk anugerh itu dengan Messi telah menyandang gelaran itu selama empat tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2012.
Bintang Portugis memperoleh 37.66% peratus undi, manakala Messi(15,76%) dan penjaga gola Jerman Neuer(15,72%) untuk naib juara.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya, Ia merupakan tahun yang luar biasa. Saya ingin meneruskan kerja-kerja yang saya telah dilakukan selama ini. Saya akan cuba untuk memperbaikinya lagi untuk menjadi lebih baik kerana setiap hari berlalu."
"Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan membawa trofi ini pulang ke rumah sebanyak tiga kali. Saya mahu menjadi salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman." kata Ronaldo kerana beliau menerima anugerah itu
Ronaldo mencipta rekod dengan menjaringkan 17 gol dalam musim lepas dalam Liga Juara-Juara, yang membawa Madrid meraih gelaran kesepuluh mereka. Dia menjaringkan dua gol dalam separuh akhir menentang Bayern Munich dan go kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Atletico Madrid.
Cristiano Ronaldo memenangi Ballon d'Or pada satu majlis di Zurich, Switzerland.
Musim ini, beliau telah menjaringkan 26 gol dalam 16 perlawanan La Liga dan tambahan lima gol dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun Ronaldo tidak mempunyai rekod baik dalam Piala Dunia dengan hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan untuk Portugal dan telah tersingkir di peringkat kumpulan selepas gagal menewaskan Jerman dan Amerika Syarikat.
Manakala permain terbaik dunia FIFA FIFPro World XI dalam posisi masing pula telah diisi oleh Neuer; Lahm, Ramos, Thiago Silva, David Luiz; Kroos, Di Maria, Iniesta; Robben, Messi dan Ronaldo.
Selain itu untuk anugerah FIFA Puskas Award 2014 iaitu gol terbaik dudunia untuk tahun 2014 telah berjaya di sandang oleh James Rodriguez yang telah mengalahkan Stephanie Roche ditempat kedua dan Robin van Persie di tempat ketiga.
Untuk anugerah Jurulatih Terbaik Dunia 2014 telah berjaya diraih oleh jurulatih Jerman, Joachim Low, dengan berjaya mengetepkan dua pencabarnya iaitu jurulatih Ateltico Madrid, Diego Simeone dan jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola