Louis van Gaal label van Persie bodoh buka baju raih gol menentang Chelsea

Picture
LOUIS van Gaal melabelkan Robin van Persie "bodoh" selepas melihat gelagat anak didiknya itu menyambut gol penyamaan ketika Manchester United seri 1-1 menentang Chelsea malam tadi. - Foto AFP

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



LVG label van Persie 'bodoh'

MANCHESTER: Louis van Gaal melabelkan Robin van Persie "bodoh" selepas melihat gelagat anak didiknya itu menyambut gol penyamaan ketika Manchester United seri 1-1 menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Kapten itu menanggalkan jersi sejurus selepas menjaringkan gol pada minit-minit terakhir dan menerima padah dilayangkan kad kuning.

Picture
Satu ketika barisan didik Van Gaal seperti nyaris mahu kalah di Old Trafford menentang lawan pimpinan Jose Mourinho yang pernah bekerja di bawahnya di Barcelona sehingga van Persie merembat masuk pada minit ke-94.

Walau pun gembira berjaya mendapat satu mata namun van Gaal kurang tertarik dengan gelagat penyerangnya dari Belanda itu ketika menyambut gol dramatik itu.

"Anda melihat satu reaksi bodoh selepas jaringan itu," kata van Gaal.

"Anda boleh ghairah tetapi anda tak perlu menanggalkan jersi. Lepas itu anda mendapat kad kuning ...ini tak bijak.

Picture
"Tapi ya...kami berhak mendapat satu mata. Andatahu...Jose Mourinho juga tahu.

"Saya memberitahu pemain ini bukan persembahan terbaik kita dan adalah menyedihkan untuk bertemu pasukan lebih hebat pada ketika seperti ini." - AFP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.