Ini Punca Sebenar Tunku Mahkota Johor TMJ Tendang Tiang Bendera Penjuru

Antara Punca Sebenar Tunku Mahkota Johor TMJ Tendang Tiang Bendera Penjuru

JOHOR SOUTHERN TIGER: Selepas tamat perlawanan, kami diperkenan untuk menemuramah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

JST: Mohon ampun, Tunku. Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi. Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut?

DYAM TMJ: Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini. Saya menjawab, saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. Itulah yang saya lakukan, dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa)

JST: Ampun Tunku, kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas. Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut?

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar, dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST: Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ: Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa)

Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif.

Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.

Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.

Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa.

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang.

Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang.

Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.