Awal pagi tadi, penyerang Sepanyol itu membuat sentuhan awal apabila menjaringkan gol pertama untuk AC Milan ketika seri 2-2 menentang Empoli dalam saingan Serie A.
Selepas jaringan awal Lorenzo Tonelli dan Manuel Pucciarelli, Torres menemui sasaran dengan satu tandukan pada minit ke- 43 sebelum pemain tengah Jepun, Keisuke Honda menyamakan kedudukan dari sudut kotak penalti pada minit ke-58.Milan berpeluang untuk menang apabila Torres - yang menyertai Milan, bulan lalu atas pinjaman dua tahun dari Chelsea - mengumpan kepada Jeremy Menez pada minit ke-62 tetapi rembatan pemain dari Perancis itu terkena palang. - Mail Oline