MANCHESTER United buat pertama kalinya memperkenalkan jersi baharu pasukan itu bagi musim 2014/2015.
Jersi rekaan baharu itu turut memaparkan logo Chevrolet sebagai penaja.Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu merupakan nama besar baharu yang menghiasi jersi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut selepas Sharp, Vodafone, AIG dan Aon.
Ia boleh didapati untuk pra tempahan di United Direct dan Nike.com sebelum memasuki pasaran seluruh negara pada 16 Julai ini.
Jersi tersebut akan digunakan Red Devils ketika bertemu LA Galaxy pada siri Jelajah 2014.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.
Apa Kata Peminat Manchester United ??