Manchester City lancar 'Kit home' Nike musim 2014/15


'Kit home' baru 2014/15 dilancarkan

City sebuah kelab yang dinamik, bercita-cita besar dan inovatif berakar umbi dari masyarakat setempat.

Lewat tahun ini, kelab akan membuka bangunan baru Akademi Bolasepak City (City Football Academy –CFA), yang terletak berhadapan dengan Stadium Etihad di tengah-tengah Timur Manchester [Eastlands].

Pusat latihan baru ini termasuk 16 padang latihan dan satu stadium mini dengan berkapasiti 7,000 penonton untuk Skuad Pembangunan Elit (Elite Development Squad), Manchester City Women (MCWFC) dan pasukan remaja Akademi.

‘Kit home’ terbaru City untuk musim ini merangkumi semangat inovasi dengan penampilan baru yang pasti menawan.

Jersi ‘home’ terbaru ini berlatarbelakang warna biru langit dengan biru gelap di bahagian hujung lengan dan kolar berbentuk ‘V’ dengan tigasegi biru di bahagian bawahnya.

Di bahagian dalam leher pula berwarna biru gelap dengan tenunan perkataan ‘We are City’ berlatar belakangkan warna biru.

Seluar pendek ‘home’ baru pula berwarna dasar biru langit dengan jaluran nipis biru gelap di sepanjang kedua-dua belah. Sementara stokin ‘home’ baru pula berwarna biru gelap di bahagian atas dan berbelang di bahagian belakang.

Selain kit terbaru ini memaparkan rekabentuk Nike yang unggul dan teliti, ia juga menawarkan para pemain inovasi prestasi terkini, tekonologi kit dan lestari alam.

Pesan sekarang di kedai MCFC untuk jualan mulai 17 Julai!

Jersi terbaru ini boleh diperolehi dengan lencana berwarna emas, penghantaran percuma di seluruh UK untuk pesanan melebihi £65 dan khidmat 'klik dan pungut' bagi CityStores di Market Street, Manchester dan Stadium Etihad. Bagi pesanan dari luar UK, penghantaran terus ke alamat rumah anda walau di mana anda berada!

TEKNOLOGI NIKE DRI-FIT

Teknologi Nike Dri-Fit dapat mengalirkan peluh dari bahagian badan pemakai ke bahagian luar baju dan seluar pendek, di mana ia amat cepat menyejat. Ini membantu para pemain untuk mempersembahkan permainan dengan terbaik  melalui pengekalan suhu badan lebih sejuk, kering dan selesa.

Ventilasi yang dipotong menggunakan laser dan panel jaringan di bahagian-bahagian utama kit dapat meningkatkan lagi pengaliran udara badan-badan pemain bagi membantu mengawal suhu badan mereka sepanjang sembilan puluh minit beraksi di padang perlawanan.

Kit ini diperbuat menggunakan tenunan dua jenis fabrik yang mengandungi kain kapas dan poliester kitar semula, yang dapat menyah peluh sementara menyediakan rasa lebih kelembutan dan penampilan yang lebih menawan.

LESTARI ALAM

Nike terus menempatkan kelestarian alam sebagai ‘jantung’ rekaan kit-kit mereka, yang sekali lagi diperbuat dari poliester kitar semula tahun ini. Kit-kit ini telah direka untuk membantu meningkatkan prestasi permainan dan kesan alam sekitar yang lebih rendah.

Kit-kit ini diperbuat dari botol plastik kitar semula. Seluar pendek adalah 100 peratus dari poliester kitar semula, jersi pula mengandungi 96 peratus dan stokin 78 peratus.

Setiap kit diperbuat menggunakan purata 18 botol plastik kitar semula, dan sepanjang empat tahun Nike telah menukar hampir dua bilion botol-botol di tempat pembuangan bagi menghasilkan kit-kit mereka.

Dengan menggunakan poliester kitar semula, Nike juga mengurangkan penggunaan tenaga dalam keseluruhan proses sehingga 30 peratus.

KEPADANAN SEMPURNA YANG TERKINI

Nike menggunakan tekonologi imbasan badan 3D ramai pemain utama dunia untuk mencipta kit ini dengan mengemaskini ukuran yang sempurna dan padan mengikut ukuran badan pemakai. Ukuran ini membenarkan badan bergerak secara semulajadi ketika memakainya, sekaligus meningkatkan keselesaan dan prestasi para pemain.

Stokin Nike Elite Match untuk tahun 2014 juga lebih bergaya dengan rekabentuk terbaru diperbuat khas untuk sukan bolasepak.

Rekabentuk Nike mewakili suara ramai pemain elit hasil penyelidikan apa yang mereka mahukan dari sepasang stokin semasa satu perlawanan. Kini terdapat zon kusyen di bahagin strategik untuk menyediakan keselesaan dan perlindungan di ibu jari kaki dan tulang buku lali di mana impak utama berlaku, sementara lengkungan pula dapat menyediakan asas yang kukuh untuk kaki pemain bagi mengelak sebarang gelinciran

Terdapat kurang material di stokin untuk meningkatkan sentuhan para pemain, sementara alur mudah lentur di bahagian buku lali dan bahagian atas kaki bertujuan mengelak dari lantunan.

Kit home terbaru ini boleh dipesan sekarang dan dapat dibeli di CityStores dan Nike.com mulai 17 Julai 2014.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.