#throwback: Neymar lawat Syafiq di Kuala Lumpur

BIAR BETUL. Neymar datang melawat budak Syafiq ni

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)




Apa reaksi anda jika dapat bertemu dengan idola anda di depan mata?

Ini yang terjadi kepada peminat bola sepak ini setelah dapat merialisasikan impiannya bertemu dengan idolanya.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia tahun lalu sempena perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Harimau Malaya dan FC Barcelona kira-kira tiga bulan lalu.

Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua.

Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.

Picture
Ketika Membesar saya tidak memiliki apa-apa, tetapi saya dikurniakan keluarga yang percaya pada bakat saya dan menyokong saya dalam mencapai impian saya. Jadi apabila kami pergi ke Kuala Lumpur pada FC Barcelona #‎AsiaTour, saya memutuskan untuk pergi melawat Syafiq...Kisahnya mengingatkan saya kepada kisah saya.

Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.




“Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!” kata Syafiq.

“Dia datang dan berkata, ‘Di mana Syafiq?’ Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut.”



Syafiq, yang mempunyai impian mewakili Harimau Malaya satu hari nanti, kemudian menaiki van dengan Neymar dan mereka menuju ke VI.


Kedua-dua menghabiskan masa bercakap tentang keluarga Neymar, hobi dan juga saiz kasut beliau. “Dia memakai saiz 8 ½!,” kata Syafiq.

Dia menyifatkan pemain dari Brazil itu sebagai “merendah diri dan mesra”, sambil menambah adalah menyeronokkan walau hanya bercakap dengannya.


“Dia juga memberitahu saya perkara penting dalam menggelecek dan ‘finishing’,” kata Syafiq, yang mengetuai Kelab Bolasepak Remaja Bersatu dan membawa tiga gelaran 1Malaysia Cardiff City pada tahun 2010, 2011 dan 2012 serta membawa VI untuk Kejohanan MSSKL tahun ini.

Apabila Neymar bertanya kepada Syafiq apa yang paling ditakutinya, anak muda itu menjawab ‘menghadapi saiz lawan yang lebih besar’.



“Kemudian dia memberitahu saya, ‘Lihatlah saya, saya tidak begitu besar, tetapi saya tidak takut untuk bermain permainan saya sendiri, gaya saya sendiri’.


Dia juga memberitahu saya untuk berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk mewakili Malaysia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.