Rozaimi Abdul Rahman mampu lonjak Sabah FA

Kepulangan penyerang Harimau Muda A, Rozaimi Abdul Rahman bagi menyarung jersi Sabah dalam saingan Liga Perdana musim ini diyakini mampu melonjakkan pasukan itu ke Liga Super 2015.


Ketua jurulatih Sabah, Milomir Seslija berkata, penampilan beberapa muka baru termasuk empat pemain import musim ini juga mampu menaikkan semula imej pasukan bola sepak negeri itu.

“Sabah kali ini mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan saya percaya dengan kombinasi pasukan yang semakin mantap, harapan untuk melihat Sabah kembali menyengat pasti tercapai.

“Kami juga akan melakukan yang terbaik untuk tidak menghampakan penyokong dan menjadikan musim ini lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya selepas perlawanan persahabatan menentang Sarawak di Stadium Likas, kelmarin.

Seslija yang juga bekas pemain import Sabah era 90-an berkata, kecergasan pemain bagi mengharungi musim 2014 berada pada tahap baik dan akan terus mantap sebaik sepak mula Liga Perdana bermula.

Sementara itu, Seslija turut menyifatkan aksi anak buahnya cukup mantap dan menepati sasaran sepanjang tempoh 90 minit menentang Sarawak kelmarin dengan keputusan 1-0.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.