ASEAN All-Stars malukan Manchester United

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Harry Maguire dari Manchester United dan Harrison Andrew Delbridge dari Asean All Star bersaing untuk mendapatkan bola semasa Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional di Bukit Jalil hari ini.
( 📸 ©NSTP/ASWADI ALIAS)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

ASEAN All-Star benam Manchester United 1-0

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Aksi pemain Manchester United, ASEAN All-Stars dalam perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 antara Manchester United bertemu Asean All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil.
(📸 ©NSTP)
KUALA LUMPUR: Gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United kempunan untuk meraih Piala Cabaran Maybank 2025 selepas dimalukan ASEAN All-Stars 0-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kekalahan skuad bimbingan Ruben Amorim itu disaksikan 72,550 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan yang penuh menghiburkan untuk menutup kunjungan penuh duka di Kuala Lumpur sebelum mereka meneruskan pramusim di Hong Kong, Jumaat ini.

Pada aksi terbabit, United yang menamatkan saingan liga di tangga ke-15 lebih banyak menguasai awal permainan namun benteng ASEAN All-Stars berjaya menyerap asakan dengan baik.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pemain ASEAN All Stars, Hai Long Nguyen (kiri) mengawal bola sambil diasak pemain Manchester United, Ayden Heaven pada perlawanan Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
(📸 ©BERNAMA)
Kelincahan dimiliki pemain sayap ASEAN All-Stars, Nguyen Hai Long jelas mencemaskan benteng pertahanan United dan gerakan pemain Vietnam itu daripada sebelah sayap kanan beberapa kali menghuru-harakan United.

Andre Onana cemerlang memastikan gawang United kekal 'bersih' apabila merebahkan badannya untuk menepis percubaan leret Sandro Miguel Sison Reyes pada minit ke-25.

Koobie Mainoo berpeluang meletakkan United di depan namun percubaannya pada minit ke-33 dan minit ke-37 diselamatkan Patiwat Khammai untuk memastikan kedudukan 0-0 tidak berganjak sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan melakukan penggantian dengan United memasukkan pemain tengah berpengaruh mereka, Bruno Fernandes serta pemain sayap, Alejandro Garnacho bagi menambah sengat di bahagian serangan.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pemain Manchester United Harry Maguire menanduk bola dan dikasari pemain ASEAN All-Stars Sandro Miguel Sison pada perlawanan Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
(📸 ©BERNAMA)
Naib juara Liga Europa itu jelas pasukan berbeza selepas rehat di mana mereka lebih banyak melancarkan serangan dan rembatan Fernandes pada minit ke-58 melewati palang.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut serta melihat pemain ASEAN All Stars meraikan kemenangan dengan menjulang piala pada perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
(📸 ©NSTP)
United yang menguasai permainan bagaimanapun tersentak apabila ASEAN All-Stars membuka jaringan pada minit ke-71 selepas hantaran Adrian Segecic menemui Mg Mg Lwin yang kemudiannya menewaskan Tom Heaton sekali gus menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

United yang terdesak untuk mengelak satu lagi episod mengaibkan pada musim ini menggandakan asakan namun penjaga gol gantian, Mohd Haziq Nadzli yang masuk pada minit ke-80 berjaya mempertahankan gawang ASEAN All-Stars sehingga tamat perlawanan.

SOURCE: bharian.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.