Naim Garcia calon pemain warisan baru perkuat Harimau Malaya?

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Portal UK Kembali Kaitkan Naim Garcia Dengan Harimau Malaya.
( 📸 ©naimgaarcia_X)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Naim Garcia calon pemain warisan baru memiliki darah warisan Sepanyol-Malaysia Sabah

Bekas pemain akademi Real Madrid itu mempunyai ketinggian 180cm turut pernah beraksi buat Barcelona B untuk musim lalu sebelum menjadi pemain CD Leganes -kini dipinjamkan ke Racing Ferrol- yang beraksi dalam saingan La Liga
Maira Elizabeth Nari Pemain CD Leganes, Naim Garcia, dikhabarkan bakal menyarung jersi skuad kebangsaan susulan pemain berusia 22 tahun itu memiliki darah warisan Sepanyol-Malaysia.
Portal yang berpangkalan di United Kingdom (UK) kembali mengaitkan nama Naim Garcia untuk menyertai revolusi Harimau Malaya.

Baru-baru ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memaklumkan mengenai usaha mendapatkan 7 orang pemain warisan buat skuad kebangsaan. “Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia.

“Ini agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman X.

Portal yang berpangkalan di UK iaitu Football Legionnaires melaporkan mengenai khabar dua pemain yang pernah digembar-gemburkan menyertai skuad kebangsaan.

“Selain dari khabar angin Naim Garcia dan Daniel & Danish Pesenti. Saya sama sekali tidak tahu siapa mereka ini, jadi sangat menarik untuk melihat siapa yang akan didedahkan pada masa hadapan,” ujar kenyataan portal ini di laman X.

Naim merupakan bekas pemain Akademi Real Madrid namun namanya lebih sinonim dengan Barcelona setelah beraksi buat kelab tersebut pada tahun 2023/24. Beliau kini pulang ke pangkuan kelabnya iaitu CD Leganes selain pernah didakwa memiliki pertalian darah dengan Malaysia kerana bapanya berasal dari Sabah. Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi mengenai mana-mana nama yang dikaitkan untuk menyertai revolusi Harimau Malaya menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia 2027.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mengumumkan sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan dari Eropah Selatan dan bukan England bakal memperkuatkan skuad negara.

Kelincahan pemain sayap berusia 22 tahun itu semestinya bakal menjadi tonik tambahan sekiranya dia menyarung jersi Harimau Malaya yang bakal mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Nepal, Laos dan Vietnam bermula 25 Mac depan.

SOURCE: Stadium Astro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.