Koyak lagi, 4 pemain Sabah FC dan Syafiq tidak ke Bangkok
Kuala Lumpur: Lima pemain termasuk empat tonggak utama Sabah FC, Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok dan Daniel Ting terpaksa meninggalkan skuad Harimau Malaya bagi memberi tumpuan kepada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuching City di Stadium Negeri, Ahad ini.Seorang lagi pemain yang tidak menyertai skuad ke Bangkok ialah penyerang dan penjaring gol sulung menentang Timor Leste, malam tadi, Syafiq Ahmad akibat kecederaan di bahagian buku lali.
Situasi itu sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai dilema antara kepentingan kelab dan pasukan kebangsaan terutama di saat Harimau Malaya berdepan perlawanan penting Kumpulan A Piala Asean 2024 menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Sabtu ini.Keadaan terkini Syafiq Ahmad selepas perlawanan bertemu Timor Leste.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 11, 2024
Difahamkan mengalami kecederaan buku lali.
Terlepas aksi bertemu Thailand di Bangkok? @ASTROARENA pic.twitter.com/VLbJVjVjEP
Kehilangan empat tonggak utama itu memberi tekanan besar kepada skuad bimbingan Pau Marti Vicente terutama selepas persembahan hambar ketika menewaskan Timor Leste 3-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Walaupun mengutip tiga mata penting, kritikan peminat terhadap corak permainan pasukan tidak dapat dielakkan terutama selepas Timor Leste mendahului 2-1 ketika rehat.
" "Kita harap pasukan akan buat yang terbaik di Thailand. Saya yakin barisan kejurulatihan boleh mengimbangi skuad, walaupun dengan ramai pemain muda," kata Noor Azman.
Keputusan Sabah memanggil pulang pemainnya adalah kerana komitmen dalam Piala Malaysia, namun ia mencerminkan cabaran besar perlu dihadapi FAM dalam mengimbangi kepentingan kelab dan pasukan kebangsaan.
"Kita perlu memahami situasi kelab yang juga membantu kita dan kita juga perlu membantu mereka," jelas Noor Azman.
Namun, situasi jadual padat liga domestik sering kali membatasi kerjasama antara FAM dan kelab tempatan.
SOURCE: BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola