Gol kemenangan Selangor itu dijaringkan Harith Haiqal Adam Afkar, lima minit sebelum aksi tamat selepas berjaya memanfaatkan bola muntah daripada dakapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.
Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Ronnie Fernandez menyamakan kedudukan akibat kesilapan hantaran pertahanan Sabah di hadapan gawang sendiri pada minit ke-31.
Namun, malang bagi Sabah apabila Khairul terlepas bola dalam situasi kucar-kacir di hadapan gawangnya yang membolehkan Harith menjaringkan gol kemenangan.