Itu perkara utama yang mahu diselesaikan ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, dengan termeterainya kontrak sembilan bulan pemain berusia 24 tahun itu bersama skuad Sang Badak.
Beliau juga meletakkan harapan agar Duarte dapat memberikan sumbangan dan impak segera kepada pasukan untuk baki saingan Liga Super musim ini selepas ketiadaan Machado sejak kira-kira sebulan lalu.
Kim Swee bagaimanapun meminta peminat supaya tidak menyamakan kualiti permainan Machado dengan Duarte memandangkan kedua-duanya memiliki penampilan yang berbeza selaku penyerang.
"Harapan saya sudah tentu untuk melihat João Pedro beraksi cemerlang dan memastikan kita mempunyai pengganti yang sama seperti Ramon untuk membantu jentera serangan.
"Kita akan pastikan João Pedro dapat menyesuaikan diri dengan cara taktikal Sabah FC memandangkan tempoh liga berehat ketika ini hanya akan disambung semula pada 15 September depan," katanya.