Jaringan Minit akhir Sahrizan Nyalakan Peluang Sabah Ke Suku Akhir

Picture
Pemain Sabah meraikan kemenangan menewaskan Kelantan di Stadium Likas.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Piala Malaysia: Impian suku akhir Sang Badak kembali menyala!

KOTA KINABALU: Gol lewat permainan Mohd Sahrizan Saidin membantu Sabah melakar kemenangan pertama pada aksi Piala Malaysia selepas bangkit menundukkan Kelantan 2-1 di Stadium Likas malam tadi.


Bagaimanapun, Sang Badak hampir dikecewakan apabila awal-awal lagi dibolosi melalui tendangan jarak jauh pemain Kelantan, Che Mohd Safwan Hazwan pada minit kelima permainan.


Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu bernasib baik dapat menyamakan kedudukan dua minit kemudian melalui penyerang Amri Yahyah.


Jaringan pada minit ketujuh itu menyebabkan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama sebelum keputusan berubah pada minit akhir separuh masa kedua.



Babak kedua permainan menyaksikan Sabah begitu agresif melakukan serangan demi serangan, namun gagal menemui penyudah yang baik sehinggalah pada minit ke-90.


Sahrizan yang juga pemain tengah menjadi wira apabila berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan pada minit akhir perlawanan sebelum tambahan masa empat minit diberikan pengadil.


Keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat masa tambahan sekali gus membolehkan Sabah mencatat kemenangan pertama di hadapan kira-kira 5,000 penyokong sekali gus menghidupkan semula peluang mereka ke pusingan kalah mati Piala Malaysia.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.