Thanabalan Sepatutnya Diberi Amaran Dan Kad Kuning Kerana Tipu Pengadil - Kelantan FC

Picture
Dulu pemain PJ City (Beto) pernah dikenakan tindakan kerana memperdaya pengadil, adakah nasib sama akan dialami Thanabalan?

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Penyerang Sabah FC, N.Thanabalan sewajarnya diberikan amaran atau kad kuning berikutan simulasi (diving) dilakukannya sehingga berjaya memperdayakan pengadil untuk menghadiahkan penalti pada perlawanan menentang Kelantan 30 September lalu.

Demikian antara kandungan surat bantahan dikemukakan Kelantan FC kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyuarakan beberapa keputusan tidak tepat dan meragukan dibuat pengadil Fitri Maskon.

Perlawanan tersebut berkesudahan seri 2-2, dengan Sabah FC berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-79 menerusi penalti disempurnakan kapten pasukan Risto Mitrevski.


Pihak Kelantan FC menjelaskan, penalti itu tidak sepatutnya diberikan kerana pemain pertahanannya, Muhammad Yusri melakukan bentesan tepat untuk menguis keluar bola dan bukannya melakukan kekasaran.

“Thanabalan telah melakukan simulasi menjatuhkan badan dan sewajarnya diberi amaran dan/atau layangan kad kuning kerana unsporting behaviour (tidak menunjukkan semangat kesukanan) dengan memperdayakan pengadil,” menurut Kelantan FC dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Kelantan FC turut mengemukakan aduan mengenai penafian sepakan percuma dan penalti kepada mereka, masing-masing pada minit ke-67 dan 94.

“Kami kecewa kerana perkara seperti ini susah kerap berulang dan menafikan Kelantan FC 3 mata sewajarnya.


“Pengadil juga telah menafikan untuk beri sepakan percuma kepada Kelantan FC pada minit ke-67 di mana Ismail Ibrahim dikasari Umareng Bacok di luar kotak
penalti Sabah.

“Kemudian pada minit ke-94 pemain kami Haziq Subri dikasari oleh Risto Mitrevski di dalam kawasan penalti yang mana kami beranggapan sewajarnya ia adalah penalti.


“Pihak kami melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan diberikan yang mana telah merentap semangat para pemain. Kami juga dimaklumkan oleh penilai pengadil bahawa penalti kepada Sabah itu tidak sewajarnya diberikan,” tambah kenyataan itu lagi.

Menerusi bantahan ini. pihak Kelantan FC berharap pihak Malaysian Football League dan FAM akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan integriti dan ketelusan permainan secara keseluruhannya dapat diamalkan dalam Liga Malaysia.

SOURCE: La bola Malaya

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.