Kenali Azhad Harraz Arman, Bintang Muda Yang Ada Masa Depan Cerah dari Semporna, Sabah

Picture
AZHAD HARRAZ PROSPEK BESAR NEGARA PADA MASA HADAPAN

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Azhad Harraz Penyerang Berusia 18 Tahun, Jaring 8 Gol Dalam 18 Perlawanan – Prospek Besar Negara Masa Hadapan

Penyerang muda skuad Projek FAM-MSN, Azhad Harraz Arman disifatkan sebagai prospek masa depan negara yang perlu diberi perhatian berikutan prestasi yang cukup baik ditunjukkan musim ini.

Picture
KENALI Penyerang AZHAD HARRAZ ARMAN | PEMAIN Kem Latihan Pusat Fasa 2 Skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2022 | 4-20 Oktober 2021 #FAM #HarimauMalaya #AFCU23

Meskipun Skuad Projek FAM-MSN sedang bergelut dalam pentas Liga Premier dengan menduduki tangga tercorot, Azhad Harraz Arman berjaya mencuri tumpuan dengan sentuhan klinikal di mana setakat ini dia telah meledak 8 gol dalam 18 perlawanan.


Menurut Yusri Che Lah (ketua jurulatih skuad projek FAM-MSN), apa yang dilakukan oleh pemain berusia 18 tahun ini terutamanya bersaing bersama majoriti pemain-pemain lebih berpengalaman di Liga Premier membuktikan dia mampu untuk menyerlah sekiranya diberi peluang di landasan yang tepat demi kariernya.


“Jika dilihat pada usia muda 18 tahun, Azhad Harraz Arman telah melakukan sesuatu yang cukup bagus bersama pasukan dan seharusnya beliau perlu diberi masa dan minit permainan yang lebih untuk mengembangkan lagi bakatnya.

Picture
Walaupun Skuad Projek masih lagi belum mengutip mata dalam 3 perlawanan, seorang penyerang muda telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan dalam 3 perlawanan di Liga Premier. Beliau turut meledak free kick cantik baru baru ini. Remember the Name ! 🐯🇲🇾

“Dia memiliki ciri-ciri seorang penyerang yang kita nak, tetapi dia masih muda dan sudah tentu banyak kelemahan lagi yang perlu dia perbaiki.

Picture
Peluang Keemasan Azhad Harraz Berjaya Pikat Brad Maloney

“Bagi saya, dia memang antara prospek yang baik selepas kita juga pernah memilik nama-nama lain seperti contoh Luqman Hakim Shamsuddin dan ramai lagi prospek muda.

Picture
Pemain Terengganu II, Aqil Irfanuddin (dua kanan) diasak pemain Projek FAM-MSN, Azhad Harraz Arman (dua kiri) pada aksi perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bulan lalu. FOTO Ghazali Kori

“Saya percaya dia akan lebih berjaya seandainya terus bekerja keras sepertimana yang dia lakukan sekarang bersama pasukan,” katanya.

Picture
Jaringan tunggal Azhad Harraz Arman memastikan kemenangan pertama pasukan.

Sementara itu, bercakap mengenai baki dua perlawanan Liga Premier menentang Perak FC II dan Kuching City, Yusri mengharapkan barisan pemain tetap berjuang untuk sekurang-kurangnya tidak bolos dengan jumlah jaringan yang besar.

Picture
Gol Azhad Harraz buat Kelantan United FC ‘terduduk’

“Saya harap akan ada tanda positif untuk pasukan kita dalam baki dua perlawanan ini. Kalau kita bandingkan prestasi di pusingan pertama liga, kita dapat lihat bagaimana kita sering bocor di gawang dengan gol yang banyak.


“Tetapi perubahan positif boleh dilihat apabila di pusingan kedua dan harapnya benda-benda positif ini akan terus memotivasikan pemain untuk memberikan yang terbaik dalam dua perlawanan ini”, tambahnya.

Picture
Penyerang Skuad Projek FAM-MSN, Azhad Harraz Arman (tengah) berebut bola dengan pemain sayap Kelantan United FC, Mohd Qayyum Marjonil Sabil dalam pertemuan Liga Premier yang berlangsung di Kota Bharu, petang tadi. FOTO IHSAN : MFL
Picture
Yusri Che Lah: Azhad Harraz Adalah Prospek Besar Negara

Foto ehsan : Sportflex Malaysia

SOURCE: SportflexMalaysia Via Labola Malaya

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.