
Gol Jaringan Park Tae Su adalah satu keajaiban cetus fenomena di Piala Malaysia dan mendapat perhatian global
KUALA LUMPUR: Sekalipun Piala Malaysia pernah dilabel sebagai 'piala kampung', beberapa gol cantik dan berkelas dunia berjaya dihasilkan dalam saingan terbabit sehingga berjaya memukau peminat setia kancah bola sepak tempatan.
Bermula dengan jaringan sepakan percuma 'roket' pemain Sabah FC, Park Tae Su ketika menentang PJ City, sebenarnya ada beberapa lagi gol menarik dapat disaksikan sepanjang dua perlawanan Piala Malaysia setakat ini.
Pada aksi Sarawak United (SU) menentang Penang FC, penyerang import SU, Uche Agba meledak gol lipat pada minit ke-47 untuk membantu skuad The Crocs mencipta kejutan ke atas pasukan ketiga Liga Super itu.
47' Gol | Uche Agba melepaskan "overhead kick" untuk gol pendahuluan Sarawak United FC!@fa_penang 0-1 @sufc_rasmi #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/Dv2VkYgFfe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 26, 2021
2 gol menarik turut dihasikan oleh Melaka United (MU) ketika mereka membenam juara Liga Perdana, Negeri Sembilan GC - satu menerusi percubaan jarak jauh Adriano Narcizo (minit 27) dan gol lambung S Kumaahran yang mengelirukan Damien Lim.
28' Gol | Rembatan jarak jauh Adriano memecah kebuntuan di Stadium Hang Jebat!@MelakaUnitedFC 1-0 @nsfc1923 #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/bQALHhP9NV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 27, 2021
65' Gol | S. Kumaahran menyumbang gol kedua Melaka United!@MelakaUnitedFC 2-0 @nsfc1923 #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/YWv9KBnONP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 27, 2021
Sepakan percuma pemain Kuching City FC, Alif Hasan juga tidak kurang hebatnya apabila singgah ke tiang kiri gol sebelum menerjah gawang ketika seri 2-2 berdepan pendatang baharu Liga Perdana musim depan, Perak FC.
67' Gol | Sepakan percuma Alif Hassan meletakkan Kuching City kembali di depan! @OfficialKCFC 2-1 @peraktbgmy #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/oUaR3dgKN7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 29, 2021
Selain itu, dua gol rembatan jarak jauh turut dihasilkan oleh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pemain MU, Manuel Ott.
Rembatan jarak jauh Gonzalo Cabrera pada minit ketiga sudah cukup untuk juara bertahan Piala Malaysia itu menewaskan PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim.
3' Gol | Top corner! Gonzalo Cabrera menjaringkan gol pendahuluan JDT seawal minit ketiga!@OfficialJohor 1-0 @pjcityfc #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/zxuFHd0LaA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 30, 2021
52’ Gol | Manuel Ott melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk gol ketiga Melaka United! @kda_fc 1-3 @MelakaUnitedFC #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/SDsf1KE2Vs
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 30, 2021
Sementara rembatan deras Ott dari jarak kira kira 30 meter melemaskan penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA), Ifwal Akmal Chek Kassim untuk membantu mereka mengejutkan naib juara Liga Super itu 3-1 di Stadium Darul Aman.
Calon gol 'roket' Tae Su ke Puskas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar mempertimbangkan supaya menghantar pencalonan jaringan sepakan percuma 'roket' pemain Sabah FC, Park Tae Su ketika bertemu PJ City FC bagi pencalonan Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata ini kerana jaringan terbabit dianggap berkelas dunia dan seharusnya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya apatah lagi gol itu berjaya menarik perhatian badan induk antarabangsa itu.
"Kalau gol itu tidak menarik, sudah tentu FIFA tidak akan berkongsi jaringan itu di laman sosialnya. Jadi, saya berpendapat itu sebagai salah satu alasan munasabah di mana FAM patut pertimbangkan pencalonan itu.

"Berdasarkan gol itu juga, kita melihat teknik dan ketepatan yang dilakukan untuk menghasilkan jaringan itu di mana ia singgah di palang dan terus masuk ke gol. Jika tidak terkena palang, mungkin penjaga gol boleh menyelamatkannya.

"Saya kira jaringan itu adalah hasil daripada latihan yang berpanjangan. Tetapi untuk mencipta jaringan seperti itu sekali lagi, mungkin sukar dan sebab itulah jaringan itu boleh dianggap unik," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Terdahulu, nama Liga Malaysia (Liga M) dan Sabah FC 'mendunia' selepas jaringan Tae Su menarik perhatian FIFA yang menyaksikan mereka berkongsi klip video jaringan terbabit ketika aksi Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Malah, badan induk bola sepak antarabangsa itu turut meninggalkan komen yang memuji jaringan berkelas dunia terbabit apabila menyifatkan gol itu akan menjadi sejarah buat skuad Tambadau.
Sekali imbas, jaringan itu mirip gol yang pernah dihasilkan pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika berdepan Taiwan pada 2011.
Bagaimanapun, jaringan terbabit tidak mencukupi untuk Sabah FC meraih kemenangan apabila diikat tuan rumah 1-1 sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.
Pada 2016, bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menjadi kebanggaan Malaysia dan benua Asia selepas menjadi pemain Asia pertama menerima Anugerah Puskas selepas 'gol melawan hukum fizik' dijaringkan ketika menentang Pahang diiktiraf sebagai gol tercantik dunia.
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola