Hanya 6,348 penyokong dibenarkan masuk tonton pertembungan epik Sabah-JDT

❗️Pengumuman Penjualan Tiket Perlawanan TM Piala Malaysia 2021 di antara Sabah FC Vs JDT.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Tiket Pertembungan epik Sabah, JDT mula dijual atas talian petang ini

KOTA KINABALU: Tiket untuk perlawanan pusingan pertama Kumpulan D Piala Malaysia antara Sabah FC dan JDT di Stadium Likas pada 29 Oktober depan akan dijual secara atas talian bermula pukul 6.30 petang ini (23 Oktober).


Pengerusi Jawatankuasa Pungutan Tiket Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Shamsuddin Mohd Shah berkata hanya 6,348 penonton dibenarkan memasuki stadium berdasarkan Prosedur Operasi Standard

Hanya seramai 6,348 penyokong dibenarkan masuk ke Stadium Likas bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 29 Oktober ini.

Picture
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memberi arahan pemainnya di Padang UMS, Kota Kinabalu, baru-baru. - Foto ihsan Facebook Sabah FC.

Jumlah itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Pengerusi Jawatankuasa Pintu dan Tiket, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah berkata tiket akan dijual kepada orang awam secara dalam talian bermula jam 6.40 petang Sabtu ini.


Katanya, tiket untuk menyaksikan perlawanan itu boleh dibeli menerusi laman sesawang https://ticket.tickethotline.com.my/home.


"Harga bagi tiket tempat duduk terbuka di Zon A dan D ialah RM18, manakala RM22 bagi Zon B dan C. Harga tiket untuk tempat duduk di 'grandstand' pula RM35.

"Bagaimanapun, hanya penyokong atau penonton yang sudah lengkap divaksinasi melebihi 14 hari dibenarkan masuk ke stadium.

"Selain itu, penonton juga wajib memakai pelitup muka sepanjang perlawanan dan tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Shamsuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi SAFA berkata, kanak-kanak berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk ke stadium seperti ditetapkan dalam SOP yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Katanya, garis panduan itu penting dan perlu dipatuhi bagi memastikan semua pihak bersama-sama menjaga SOP untuk mengelak jangkitan COVID-19 dan sebarang insiden yang tidak diingini.


Shamsuddin juga menasihatkan penonton supaya mengehadkan pergerakan dan sentiasa di tempat duduk masing-masing mengikut penjarakan fizikal sepanjang berada di stadium.

Picture
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee (berdiri kanan) bersama dengan pemain Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, baru-baru. - Foto ihsan Facebook Sabah FC.

"Penonton juga dilarang berhimpun atau menunggu pemain di luar perkarangan stadium dan digalakkan meninggalkan stadium serta-merta dengan bersistematik sejurus tamat perlawanan.

"Penonton juga digalakkan masuk ke dalam stadium seawal jam 6.30 petang bagi mengelakkan kesesakan di pintu masuk," katanya.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.