Piala Malaysia: Sabah FC Ikat Kelantan FC, Kedua-Dua Pasukan Terus Kemarau Kemenangan

Picture
Aksi penuh perlawanan Kelantan FC Vs Sabah FC di Stadium Muhammad IV Kota Bharu berkesudahan dengan keputusan 2-2. Kedua-dua jaringan Sabah FC terhasil dari dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ketua Pasukan, Risto Mitrevski

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

FT : KELANTAN FC 2-2 SABAH FC
⚽️ Ringo ‘39, Haziq ‘70 ⚽️ Mitrevski ‘32 (P), ‘79 (P)


Kelantan FC turun bertemu dengan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Malaysia 2021. Kelantan FC bagaimanapun terikat 2-2 dengan Sabah FC sekali gus kedua-dua pasukan masih mencari kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021.

Turun dengan misi memburu kemenangan, Kelantan FC bagaimanapun keciciran mata selepas diikat 2-2 oleh Sabah FC 2-2 pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pasukan pelawat juga mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan pada minit ke-31 selepas Risto Mitrevski menyempurnakan sepakan penalti setelah bola lambungan Mohd. Amri Yahyah terkena tangan kapten Kelantan FC, Mohd. Zubir Azmi.

The Red Warriors (TRW) bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan 1-1, lapan minit kemudian selepas ayam tambahan mereka, Natanael Ringo yang tidak dikawal tenang melambung bola lorongan Mior Dani Armin Mior Ariffin untuk menewaskan penjaga gol Sabah FC, Reny Rining.

Picture
KAPTEN Kelantan FC, Zubir Azmi (kanan) mengasak penyerang Sabah, N. Thanabalan dalam perlawanan Piala Malaysia hari ini. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK

Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas-balas serangan, namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan 1-1 itu kekal hingga tamat babak pertama.


Bersambung separuh masa kedua, Kelantan hampir menambah jaringan pada minit ke-53, namun sepakan percuma Christos Intzidis hanya beberapa meter tersasar dari ‘mulut’ gol Sabah.

Picture
MUHAMMAD Haziq Subri (kiri) sempat meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan yang diusung keluar akibat kecederaan pada aksi Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV , Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK

Minit ke-57, TRW terus bernafsu memburu jaringan tambahan menerusi rembatan padu pemain gantian, Haziq Subri, namun berjaya diselamatkan Reny Rining.

Kem Kelantan FC bersorak gembira apabila Haziq akhirnya meledak gol kedua TRW pada minit ke-70 menerusi rembatan dalam kotak penalti selepas ‘tenang’ menyudahkan susulan sepakan kencang Ringo yang sebelum itu terkena tiang gol pelawat.

Pelawat kembali mengikat kedudukan menjadi 2-2 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mitrevski pada minit ke-78 selepas Muhammad Yusri Yuhasmadi menjatuhkan N. Thanabalan.

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, TRW cuba bangkit menjarakkan kedudukan, bagaimanapun sepakan percuma Haziq pada masa tambahan babak kedua diselamatkan Reny.


Kelantan FC turun dengan formasi 4-2-3-1 dengan menurunkan Ismail Ibrahim sebagai penyerang utama bagi menggantikan Nurshamil Abdul Ghani yang tercedera dalam perlawanan yang lalu. Sabah FC pula menggunakan formasi 3-4-3 dan meletakkan pemain muda, Naem Harith selaku penyerang tengah pasukan.


Penguasaan bola pada separuh masa pertama jelas memihak pasukan Kelantan FC yang kerap memegang bola namun Sabah FC lebih banyak melakukan percubaan ke gawang gol apabila pertahanan Kelantan beberapa kali berjaya dilepasi pemain Sabah FC.


Namun insiden bola terkena tangan Zubir Azmi didalam kotak penalti Kelantan FC memberikan peluang kepada Sabah FC untuk menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti oleh Risto Mitrevski pada minit ke 31.


Kelantan FC kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain Indonesia, Ringo pada minit ke 39 perlawanan. Ringo mudah melakukan chipping untuk menerjah gawang akibat kesilapan penjaga gol Sabah FC, Rendy yang gagal melakukan clearance diluar kawasan kotak penalti.


Bermula separuh masa kedua, Sabah hampir meraih gol menerusi percubaan Naem Harith yang menerima hantaran Park Tae Su namun bola hanya melepasi gawang gol. Kelantan turut mempunyai peluang keemasan melalui percubaan luar kotak penalti oleh Haziq Subri tetapi bola berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sabah FC.


Kelantan FC berpeluang meraih sepakan penalti namun tiada sebarang sepakan penalti diberikan oleh pengadil malah permainan diteruskan walaupun Ummareng melakukan terjahan keatas Ismail Ibrahim sehingga pemain tersebut tidak dapat meneruskan permainan dan terpaksa digantikan.


Haziq Subri bagaimanapun menghadiahkan gol kedua Kelantan FC apabila percubaan Ringo yang terkena tiang gol melantun tepat ke arah pemain itu. Haziq mudah merobek gawang gol Sabah FC pada minit ke 70 permainan.


Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada pasukan Kelantan, Sabah FC kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Risto setelah pemain Kelantan FC, Yusri melakukan kekasaran keatas Thanabalan.


Kelantan FC mempunyai beberapa percubaan yang berbahaya namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan. Dominasi jelas dimiliki pasukan Kelantan FC namun 2 sepakan penalti Sabah FC menghalang The Red Warrior untuk meraih 3 mata berharga.


Tamat perlawanan, Kelantan FC terikat 2-2 dengan Sabah FC. Kelantan meraih mata pertama manakala Sabah pula kini mempunyai 2 mata dalam Kumpulan D Piala Malaysia 2021.

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.