JDT buat debut penampilan Champions eFootball

JDT akan membuat penampilan dalam pertandingan Champions eFootball yang akan menyaksikan beberapa kelab terbaik Asia Tenggara bertanding dalam permainan PES 2021.

JDT luaskan kuasa ke kejohanan e-sukan



ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat penampilan dalam sukan elektronik menerusi pertandingan Champions eFootball yang akan menyaksikan beberapa kelab terbaik Asia Tenggara bertanding dalam permainan PES 2021.

Menurut satu kenyataan dalam Facebook rasmi Johor Southern Tigers, pertandingan itu akan berlangsung bermula dari 9 September hingga 7 Oktober.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pihaknya teruja untuk menyertai sukan elektronik yang akan membawa nama dan imej kelab berkenaan.

"Skuad Harimau Selatan akan diwakili pemain JDT, Mohamadou Sumareh dan Mohamad Nor Haikal Noh iaitu peserta separuh akhir Sukan Asia 2018 dan antara dua wakil Malaysia terbaik untuk PES 2020.

"Didorong oleh minat kami terhadap bola sepak, kami teruja untuk menjejakkan kaki ke dunia esports sambil memaparkan lambang dan warna kelab kesayangan kami, JDT FC," katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.


JDT akan membuat penampilan dalam pertandingan Champions eFootball yang akan menyaksikan beberapa kelab terbaik Asia Tenggara bertanding dalam permainan PES 2021.
Tunku Mahkota Johor berkata, pertandingan itu akan memberi peluang kepada JDT mempamerkan bakat muda dimiliki mereka selain menarik penonton baharu.

"Champions eFootball akan memberi kita peluang untuk mempamerkan bakat muda yang mewakili kelab sambil menarik penonton-penonton yang baru di esports.

"Kami juga bersemangat untuk bersaing dengan kelab-kelab lain di rantau ini dan menantikan perlawanan antarabangsa pada masa hadapan," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.