Bojan Hodak akui terkejut dengan padang Stadium Likas

Ia cukup mengejutkan untuk melihat padang Stadium Likas. Secara jujur saya boleh katakan inilah salah satu padang terbaik di Malaysia.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Pengendali KL City FC, Bojan Hodak berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 yang diraih pasukannya ketika menentang Sabah FC di Stadium Likas pada Rabu.

Menurut pengendali dari Croatia itu, ia keputusan yang adil apatah lagi pasukannya bertandang menyeberangi Laut China Selatan tanpa kelibat beberapa pemain utama terutama di posisi serangan.


Malah lebih mengujakannya, bermain di atas padang yang hampir sempurna.

“Ia satu perlawanan yang menarik, dan pertamanya ia cukup mengejutkan untuk melihat padang Stadium Likas. Secara jujur saya boleh katakan inilah salah satu padang terbaik di Malaysia.


“Pemain boleh bermain bolasepak yang cantik, ia perlawanan yang seronok tetapi sayangnya tiada penyokong. Dari segi permainan kita mencipta banyak peluang dan membazirkannya. Ini situasi sama sejak beberapa perlawanan lalu, tetapi tidak banyak yang boleh saya buat kerana terpaksa mempertaruhkan penyerang muda.

“Sabah bermain cukup berbahaya terutama ketika counter-attack, pemain saya menanganinya dengan cukup baik dan kita ada satu gol dibatalkan, saya tidak tahu kenapa, perlu tengok semula (video), ia mengecewakan tetapi kita perlu bangkit.”

KL City sebelum ini kehilangan khidmat penyerang dari Nigeria Kyrian Nwabueze yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua kerana kecederaan ACL manakala Safee Sali pula tersisih kerana mengalami demam denggi.


Ini menyebabkan Bojan Hodak terpaksa mempertaruhkan Hadin Azman di barisan serangan dibantu Romel Morales dan Paolo Josue ketika menentang Sabah FC.

Pada perlawanan itu, KL City mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan sendiri Randy Baruh manakala Sabah FC bangkit mengikat kedudukan di separuh masa kedua menerusi Levy Madinda yang membuat keputusan untuk menyambung kontraknya meskipun diumumkan telah meninggalkan pasukan beberapa hari lalu.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram Obsesbola untuk kemas kini berita bolasepak terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.