EURO 2020: Budak menangis diejek kerana Jerman kalah dapat bonus RM150,000

Kickbola.net Peminat cilik diejek di laman sosial selepas menangisi kekalahan Jerman.

Budak menangis kerana Jerman kalah dapat bonus RM150,000

LONDON: Penyokong England menyumbang puluhan ribu pound kepada seorang peminat cilik Jerman yang menangis selepas pasukan negaranya tewas di tangan skuad Three Lions di pusingan kalah mati Euro 2020.

P
eminat yang murah hati memberi sumbangan itu selepas warga Wales, Joel Hughes mencipta 'page' atau halaman 'JustGiving' untuk kanak-kanak perempuan itu yang diejek kerana reaksinya terhadap penyingkiran skuad kendalian Joachim Low dari kejohanan.

Sehingga kini mereka sudah menyumbang lebih £ 26,000 (RM149,629) - jauh melebihi sasaran awal £500 (RM2,877) - menjelang pertembungan suku akhir England dengan Ukraine, awal pagi tadi.

Beberapa penyokong pada pertembungan 16 terakhir antara England dan Jerman dilihat bersorak ketika peminat cilik itu dirakam menangis oleh skrin penyiar selepas perlawanan.

Gary Lineker dan Stan Collymore antara bintang bola sepak yang mengkritik ejekan terhadap kanak-kanak itu yang memakai jersi Jerman.


Peminat Burnley, Alistair Campbell yang bertugas sebagai setiausaha akhbar kepada mantan perdana menteri Tony Blair, mengecam tingkah laku penyokong yang terbabit dengan ejekan terhadap kanak-kanak itu.


"Bersyukur dalam kekalahan adalah kualiti yang sangat istimewa. Bersyukur dalam kemenangan semestinya jauh lebih mudah," tulisnya di Twitter. - AGENSI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.