EPL: Manchester United setuju ikat Raphael Varane

Varane telah menjaringkan 17 gol dalam semua perlawanan selama 10 tahun di Real Madrid



LONDON: Manchester United bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane dari Real Madrid, menurut beberapa laporan media Britain.

Varane sudah lama menjadi sasaran United, dengan mereka sudah pun menyelesaikan perpindahan pemain sayap England, Jadon Sancho dari kelab Jerman, Borussia Dortmund minggu lalu dengan nilai 73 juta pound (RM425 juta).

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini semakin hampir menandatangani bek tengah Real itu selepas bersetuju dengan perjanjian yang dilaporkan bernilai 34 juta pound (RM198 juta) dan boleh meningkat kepada 42 juta pound (R244 juta) dengan nilai tambahan.

Varane, 28, yang juga pemenang Piala Dunia 2018, memiliki baki kontrak semusim lagi di Bernabeu.


Pertahanan Perancis dan Real Madrid, Raphael Varane hanya menunggu waktu sertai Man Utd.
Dia berpindah dari kelab Perancis, Lens ke Madrid pada tahun 2011 dan membuat 360 penampilan dalam semua pertandingan bersama Real, memenangi 18 kejohanan utama termasuk empat gelaran Liga Juara-Juara.


Sekiranya perpindahannya ke Old Trafford dilengkapkan, Varane akan meletakkan dirinya dalam persaingan merebut tempat di bahagian pertahanan tengah United dengan kapten pasukan, Harry Maguire, Eric Bailly dan Victor Lindelof.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.