Aksi pemain Kedah, Syazwan Zainon ketika menentang Sabah di Stadium Likas. - FOTO FB KDAFC. |
Kedah Darul Aman FC menggagalkan hasrat Sabah FC untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di laman sendiri selepas tewas 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.
G
ol tunggal Kedah dijaringkan pemain importnya, Kpah Sherman pada minit ke-78 selepas berjaya menembusi pertahanan Sabah sebelum melakukan rembatan kencang yang gagal ditampan penjaga gol, Robson Rendy Rining.
Sabah sebelum ini melakar dua kemenangan berturut-turut di Stadium Likas selepas menewaskan Melaka United FC dan Perak FC pada Rabu dan Ahad lalu.
Aksi di Stadium Likas malam ini berlarutan sehingga ke tengah malam selepas ditangguhkan hampir sejam akibat hujan lebat sejurus 12 minit selepas bermula babak kedua.
Pengadil perlawanan, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah, membuat keputusan menangguhkan permainan pada minit ke-57, kira-kira jam 10.50 malam tadi sebelum disambung semula pada jam 11.46 malam, dalam keadaan padang yang becak dan masih hujan.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan, namun keadaan padang di Stadium Likas yang licin disebabkan hujan lebat sepanjang permainan gagal membuahkan sebarang gol.
Kedah lebih awal melancarkan serangan sejurus permainan bermula menerusi Kpah Sherman dan berjaya mencipta beberapa peluang menarik, namun kedudukan `ofsaid' menyelamatkan gawang Sabah daripada rembatan kencangnya.
Pemain sensasi Sabah, Amri Yahyah yang menyumbang dua gol ketika menentang Melaka United FC pada Rabu lalu turut berpeluang melancarkan cubaan pada minit ke-19 dan ke-29 menerusi tendangan kencang jarak jauh, namun bola melayang tinggi melepasi palang.
Bersambung babak kedua permainan, keadaan licin akibat hujan lebat masih berterusan, selain diburukkan lagi dengan keadaan air bertakung di hampir segenap penjuru padang, sekali lagi mengganggu corak permainan kedua-dua pasukan.
Dua minit selepas bermula di separuh masa kedua, Kedah mendapat peluang baik untuk menjaringkan gol apabila diberikan sepakan percuma di luar kotak penalti Sabah, namun penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining pantas menolak bola ke tepi tiang gol.
Bagaimanapun, permainan di separuh masa kedua ditangguhkan pada minit ke-57 selepas keadaan cuaca semakin buruk dan air semakin banyak bertakung menjejaskan permainan kedua-dua pasukan.
Sejurus permainan disambung semula pada jam 11.46 malam, kedua-dua pasukan berusaha mencuba nasib untuk melakukan cubaan menjaringkan gol dalam keadaan yang sukar namun nasib lebih menyebelahi pasukan Kedah apabila Kpah Sherman berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-78.

* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.