Pada usia yang mencecah 40 tahun, bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah, masih produktif dalam liga tempatan dengan penyudah-penyudah menariknya bersama Sabah FC musim ini. |
Ketika Amri Yahyah membuat keputusan menyertai Sabah FC pada awal musim, mungkin ramai yang menjangka dia sekadar akan menjadi pelengkap dalam pasukan itu mengambil kira umurnya yang sudah mencecah 40 tahun.
P
emain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.
Ketika ditanya mengenai rahsianya itu, Amri berkata: "Rahsianya adalah sembahyang lima waktu. Selain itu, jaga pemakanan dan dengar cakap jurulatih. Jika jurulatih cakap duduk, duduk sahajalah, jangan berdiri pula.
"Kalau jurulatih beri 20 minit untuk bermain, mainlah betul-betul dan bukannya main-main.
"Dalam usia 40 tahun ini memang ramai yang mempertikaikan kemampuan saya untuk berlari dan sebagainya tetapi saya mahu membuktikan sesuatu agar semua orang dapat mencontohi apa yang saya buat dan supaya mereka tidak menunggu sehingga berumur seperti saya ini baru hendak 'meletup'.
"Memang bukan semua orang dapat bermain macam saya pada umur macam saya," katanya.
Tetapi bekas penyerang kebangsaan itu membuktikan dia masih mempunyai kualiti sebagai pemain kesebelasan utama, malah lebih dari itu sentuhan jaringannya juga mencuri tumpuan ramai.
Jika melihat gol kedua jaringannya menerusi tendangan voli akrobatik ketika Sabah FC menewaskan Melaka United, ramai yang akan bersetuju untuk mengatakan prestasi Amri Yahyah tidak melambangkan usianya.
Secara keseluruhannya selepas 13 perlawanan, pemain itu sudah meledak empat jaringan, dan merupakan penjaring tempatan terbanyak dalam saingan Liga Super 2021.
Tahun 2021 adalah tahun ke-21 pemain berasal dari Tanjung Karang ini mewarnai kancah Liga Malaysia, dia bermula dengan Selangor dan menyarung jersi pasukan itu selama 13 musim sebelum berpindah ke Johor Darul Takzim pada 2014.
Bersama JDT, dia menjulang Liga Super sebanyak tiga kali selain menjulang Piala AFC 2015 sebelum berhijrah ke Melaka United pada 2017 dan kembali semula ke Selangor pada tahun yang sama.
Selepas menyarung jersi Selangor selama tiga musim dia berpindah ke Sarawak United sebelum direkrut Sabah FC pada awal musim ini susulan kegagalan pasukan itu mendapatkan khidmat Rozaimi Abdul Rahman.

Tags