JDT Dalam Perbincangan Pinjamkan Syazwan Andik Ke Sabah FC

Kickbola.net JDT Bersiap Pinjamkan Syazwan Andik ke Sabah FC

JDT Dalam Perbincangan Pinjamkan Syazwan Andik Ke Sabah

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pendahulu Liga Super itu sedang dalam perbincangan untuk meminjamkan pemain pertahanan, Syazwan Andik ke pasukan Sabah.

S
yazwan Andik banyak beraksi bersama skuad JDT II dalam saingan Liga Perdana memandangkan La’Vere Corbin-Ong terlalu ampuh untuk dicabar di posisi pertahanan kiri.

Di JDT II, bekas pemain Kuala Lumpur City itu bersaing hebat dengan bekas pemain skuad B-19 tahun negara, Umar Hakeem bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.


Sebelum ini, Pengarah Teknikal kelab, Alistair Edwards mengumumkan meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super dan empat pasukan sudah dikenal pasti sebagai destinasi pemain iaitu Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.


Selain Syazwan, beberapa pemain lain dijangka turut dipinjamkan ke empat pasukan teratas seperti penyerang yang baru ditandatangani, Guilherme De Paula.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.