Pemain Perlu Bersemangat Melawan, Kata Bung Moktar

Jeremy Renner
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata, pemain telah berusaha bermain dengan baik tetapi pasukan memerlukan persembahan yang terbaik.

Pemain Perlu Bersemangat Melawan, Kata Bung Moktar

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pemain perlu memiliki semangat melawan yang kental apabila berhadapan dengan lawan mereka di padang.

K
atanya, semangat melawan ini penting untuk pasukan terutama apabila menghadapi pasukan yang lebih kuat.

“Saya mahu pemain ada semangat untuk berlawan supaya momentum kita lebih meyakinkan, tidak kira pasukan mana yang kita lawan,” katanya ketika memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain Sabah FC di bilik persalinan pasukan di Stadium Likas, semalam.


Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata, pemain telah berusaha bermain dengan baik tetapi pasukan memerlukan persembahan yang terbaik.

“Saya tahu anda semua bermain dengan baik namun lakukan yang terbaik untuk pasukan dalam perlawanan ini,” tegasnya.
Jeremy Renner
Perlawanan ke-7 Liga Super di Likas malam ini menyaksikan kita tewas kepada pendahulu liga JDT. Masih jauh perjalanan, yang pasti perlawanan pada malam ini memberikan banyak pengajaran dan ruang untuk pasukan memperbaiki kelemahan.
Dalam perlawanan menentang JDT, sebuah pasukan yang disegani dalam LIga Super semalam, pasukan pelawat itu berjaya mendahului tuan rumah 2-0 pada separuh masa pertama.

Situasi itu menggusarkan Pemangku Presiden SAFA itu lantas turun ke bilik persalinan pasukan untuk menemui pemain dan memberi kata-kata perangsang kepada pemain dan staf kejurulatihan Sabah FC.


Ekoran itu, momentum pemain-pemain tuan rumah berubah pada saingan babak kedua dan menyaksikan Sabah FC memperoleh sepakan penalti pada minit awal permainan yang disempurnakan dengan baik oleh pemain tengah, Levy Madinda untuk merapatkan jurang gol.


Bagaimanapun keadaan itu tidak bertahan lama apabila selang beberapa minit penyerang, Maxius Musa telah dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran kepada pemain lawan menyebabkan Sabah FC terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Ia seolah-olah menjadi petanda malang bagi pasukan tuan rumah dengan JDT terus mengasak dengan menambah gol untuk memastikan mereka membawa pulang tiga mata penuh sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super setakat ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.