Aksi Amri Yahyah ditagih benam Selangor FC

Kickbola.netAmri Yahyah sandaran utama Sabah FC menentang Selangor FC
Aksi Amri Yahyah ditagih benam Selangor FC

Amri Yahyah kembali ke Selangor!

B
eliau kali ini muncul di negeri kelahirannya bukan sebagai pemain untuk kelab itu, tetapi kali ini muncul sebagai pemain Sabah FC untuk menentang pasukan yang digelar Gergasi Merah (The Red Giants) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) jumaat ini.


Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Amri yang dikenali sebagai 'Wak Am' dikalangan peminat bola sepak tanah air telah mewakili gergasi merah sejak tahun 2001 dengan 374 penampilan dan mencipta 71 jaringan gol bersama pasukan itu.
Jeremy Renner
Kali ini beliau turun sebagai pemain Sabah FC yang mungkin destinasi terakhir buat beliau dengan usianya sudah mencecah 40 tahun.
Pemain yang telah mencapai status Lagenda dikalangan penyokong Selangor ini telah mengecapi kejayaan manis bersama pasukan gergasi merah pada musim 2005 dimana beliau telah membantu Selangor memenangi tiga piala dan digelar sebagai Lagenda buat kelab itu.

Ironinya, Pada Piala Malaysia 2002, dia digelar sebagai budak emas apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah.

Jumaat ini merupakan sejarah buat Amri, dijangka akan diturunkan menentang kelab terdahulunya, rata-rata penyokong Sabah mahu Amri memberi saingan tentangan buat kelab lamanya bagi mencipta momen bersama kelabnya terkini.

Apa yang diharapkan, sebagai pemain bolasepak beliau dahagakan jaringan dan mampu mencipta dan merobek gol gawang Selangor untuk perlawanan Jumaat ini.

Yang pastinya, penyokong Selangor pasti akan menyambut baik kedatangan beliau dan suatu penghormatan untuk beliau untuk bermain menentang pasukan menentang pasukan kesayangannya.

Jika beliau mampu melakukannya mesti menjadi buah mulut penyokong bolasepak Malaysia yang menggangap beliau masih mempunyai keupayaan sebagai penggempur berbisa biarpun dianggap veteran di dalam Saingan Liga Malaysia 2021 sebagai pendorong beliau untuk terus menabur bakti buat pasukan terkininya.

Sebagai pemain yang begitu komited dan berdisiplin ketika beraksi di padang membuatkan beliau menjadi inspirasi kepada pemain muda yang lain.
Jeremy Renner
Kecergasan fizikal Amri Yahya masih lagi ditahap yang terbaik dan pastinya memberi impak kepada barisan hadapan pasukan Sabah FC.



Amri Yahya pernah kemalangan jalanraya dan patah kaki ketika bersama Selangor dulu namun semangat dan disiplin beliau terus kekal hingga kini dalam kancah bolasepak Malaysia.

Pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto mengulas persembahan terkini pemain veteran Amri Yahya yang beraksi dengan baik beliau berkata, karakter bekas kapten kebangsaan itu amat bermakna bersama pasukan terbabit.

"Banyak orang mempersoalkan kenapa mengambil pemain berusia 40 tahun. Bagi saya secara peribadi Amri seorang pemain profesional sejati. Dia boleh merubah permainan di dalam padang serta jeneral di dalam padang.

"Di luar padang dia bertindak memberi ilmu yang ada termasuk menjaga badan, aturan makan dan rehat sekali gus amat positif bagi pemain muda kami," katanya.

Penyerang muda Sabah seperti Hamran Peter, Rahmanshah dan Arius Dius pastinya mendapat input yang terbaik untuk berlatih bersama dengan pengalaman Amri yang begitu luas beraksi dengan beberapa pasukan di Malaysia dan pasukan Kebangsaan.

Amri yang memiliki pengalaman luas beraksi bersama Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan MU serta Sarawak United FC dilihat masih mengekalkan persembahannya dengan sering mencipta ruang untuk merencana persembahan Sabah dalam aksi berkenaan.

Malah dia boleh beraksi 90 minit pada perlawanan aksi menentang Melaka United FC di saingan liga musim ini di bumi Hang Tuah.
Jeremy Renner
Sementara itu, Ketua pasukan Sabah Football FC (FC), Rawilson Batuil akui kehadiran Amri Yahyah ke dalam pasukan itu banyak membantu mereka dari segi permainan.
Katanya, walaupun berperanan sebagai kapten skuad Badak, dia tetap mempunyai rasa hormat tinggi kepada Amri malah mengharapkan bekas pemain kebangsaan itu menurunkan segala ilmu kepada pemain-pemain muda termasuk dia sendiri.


"Dia seorang pemain yang sangat berpengalaman malah mempunyai nama besar dalam kancah bola sepak negara dan pastinya kami mengharapkan tunjuk ajar beliau.

Kickbola.net AMRI ketika aksi menentang UITM FC
"Selain itu, kami masih yakin dia masih boleh melakukan impak dalam pasukan walaupun dianggap sudah berusia, dia bekerja keras pada setiap sesi latihan," katanya.


"Apa pun kami akan berjuang habis-habisan dan mudah-mudahan kami akan dapat mencuri mata dari gelanggang lawan," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.