Kurniawan berharap pemain tempatan membuktikan kemampuan mereka pada aksi menentang Melaka.
Di sebalik ketiadaan pemain import, skuad Sabah FC tetap yakin dengan kemampuan pemain tempatannya untuk mencipta kemenangan pada aksi pertama Liga Super bertemu Melaka United FC di Stadium Hang Jebat, malam esok.
M
alah, ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan ia adalah peluang buat pemain tempatan yang kebanyakannya anak muda Sabah untuk membuktikan mereka bukan 'penumpang' dalam pasukan.
Jelasnya, tidak dinafikan mereka memang amat mengharapkan semua pemain import Sabah musim ini dapat bermain, apatah lagi, ia adalah perlawanan yang penting.
"Bukan hanya penyokong, kami dalam pasukan pun, malah pemain tempatan semua berharap ada pemain import datang tetapi kita tahu memang susah untuk masuk kerana banyak peraturan yang mesti dipatuhi.
Disyorkan Untuk Anda
"Tapi kita tidak boleh menyerah begitu saja, ertinya kita percaya dengan pasukan yang ada sekarang, kita percaya dengan pemain tempatan bahawa mereka juga masih boleh berbuat sesuatu dan ini dapat memberikan motivasi.
"Memandangkan pemain hampir semua dari Sabah, saat inilah mereka boleh tunjuk mereka juga mampu bermain dengan baik, beza dengan pemain import cuma cara bermain. Kita juga tahu kekuatan kita, ini bukan lagi permainan persahabatan," katanya.
Sebelum ini, pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir mengesahkan empat pemain import skuad Badak itu hanya dijangka dapat bersama pasukan ketika Sabah bertemu PJ City FC di Stadium Likas, di sini pada 13 Mac ini.
Empat pemain import terbabit ialah Saddil Ramdani (Indonesia), Sam Johnson (Liberia), Risto Mitrevski (Macedonia) dan Levy Madinda (Gabon).