Nikmati LIVE Liga Malaysia musim 2020 serendah RM 3 di UNIFI TV

Kickbola.netRM3 adalah cukup murah untuk 1 perlawanan. Apa lagi alasan selepas ini? p/s: Milo ais bungkus pun lagi mahal..
Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

Selepas pengumuman secara rasmi TM sebagai penaja utama saingan bola sepak Liga Malaysia 2020, pada masa yang sama juga mereka telah melancarkan beberapa pakej untuk dipilih oleh penyokong.

TM melalui perkhidmatan penyiaran video Live TV, unifi TV akan menyediakan siaran langsung bagi setiap perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia serta perlawanan terpilih Piala FA mulai 28 February 2020, bermula dengan Piala Sumbangsih di (5) saluran sukan unifi (unifi TV Saluran 701-705) yang akan menyiarkan setiap perlawanan.





Semua rakyat Malaysia, biarpun pelanggan unifi atau tidak, boleh menikmati semua perlawanan secara langsung selamanya mereka memiliki Pek Ultimate.


Bagi pelanggan unifi yang tidak mempunyai Pek Ultimate pula, mereka boleh memilih pas tontonan Liga Malaysia untuk menonton siaran perlawanan dengan unifi TV melalui Media Box atau unifi PlayTV app:



Berdasarkan tawaran pakej diatas, harga yang dikenakan boleh dikategorikan sebagai sangat murah untuk penyokong menikmati perlawanan bola sepak Liga Malaysia musim 2020.

Tiada lagi alasan untuk mereka yang sentiasa mengelak dari memberikan sokongan kepada bola sepak tempatan yang akan menjadi titik tolak kepada kekuatan skuad kebangsaan Malaysia dimasa depan. Ayuh!



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.