Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto dilaporkan berminat untuk membawa penyerang prolifik Indonesia bawah 23 tahun (B-23), Osvaldo Haay bagi memperkuatkan jentera serangan skuad Tambadau menghadapi Liga Malaysia musim depan.
Sebelum ini, mereka berhasrat membawa masuk bekas pemain import Pahang, Saddil Ramdani namun Saddil dikatakan mahu beraksi di eropah. Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan kelab eropah yang mana akan disertai oleh pemain tersebut.Kebetulan kontrak Osvaldo bersama kelab Persebaya Surabaya telah berakhir dan Kurniawan ingin membawa pemain dari Papua itu beraksi dalam saingan Liga Malaysia 2020.
“Saya dimaklumkan Saddil memilih untuk ke eropah dan saya menyokong hasratnya. Kami kekurangan pemain di posisi sayap kiri. Selain Saddil, saya ingin khidmat Osvaldo Haay.
BREAKING/RUMOURSKlub promosi #MSL🇲🇾 2020, Sabah FA dikabarkan tertarik untuk mendatangkan Striker Persebaya sekaligus punggawa Timnas Indonesia U23, Osvaldo Haay (22) [Various] pic.twitter.com/On4kUIPPPH
— Instagram: @indos.transfer (@Indostransfer) December 24, 2019
Osvaldo merupakan penjaring terbanyak acara bola sepak lelaki Sukan SEA di Filipina. Malah, beliau juga membantu Indonesia mara ke peringkat akhir dan meraih pingat Perak dalam temasya tersebut.
Sepanjang beraksi bersama Persebaya, Osvaldo telah menjaringkan 16 gol dalam 41 penampilan dalam saingan Liga Indonesia. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Liga 1 musim 2018.
Kurniawan sememangnya sudah tahu kemampuan Osvaldo ketika berkhidmat sebagai pembantu Indra Sjafri dalam skuad Indonesia bawah 23 tahun. Kehadiran pemain itu juga bakal menghadirkan saingan yang lebih sengit dalam Liga Super pada musim 2020.
Lihat artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.