Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini mengumumkan jurulatih baharu mereka dari Indonesia iaitu Kurniawan Dwi Yulianto bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Kurniawan yang pernah beraksi untuk pasukan Sarawak pada musim 2005 akan menggantikan tempat Julius Ating sebagai ketua jurulatih skuad Tambadau itu.Hal ini kerana Julius tidak mempunyai memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang diwajibkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk semua pasukan Liga Super.
View this post on Instagram
Kurniawan bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak Indonesia dimana beliau pernah menyarung jersi skuad Garuda dari tahun 1995 hingga 2005.
Pemain yang diberikan gelaran Kurus itu membuat penampilan sebanyak 59 kali di pentas antarabangsa dan telah menjaringkan 33 gol.
Selain itu, beliau juga pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama di Indonesia seperti Persija Jakarta, Persebaya Surabaya serta PSM Makassar.
Dalam dunia kejurulatihan, Kurniawan menjawat jawatan sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia pada 2018 sebelum diberikan tugas bagi membantu Indra Sjafri bagi mengendalikan skuad B-22 tahun dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina baru-baru ini.
Selain Kurniawan, SAFA turut menandatangani jurulatih kecergasan skuad kebangsaan Indonesia B-19, Sofie Imam Faizal dengan kontrak selama 1 tahun. Bagaimanapun, Sofie dibenarkan kembali untuk membantu skuad Indonesia B-19 jika mendapat panggilan daripada badan induk bola sepak negara itu.
Difahamkan bekas pemain import Pahang, Saddil Ramdani yang juga pemain skuad Indonesia B-22 turut akan mengisi kuota pemain import Asean pasukan Sabah pada musim depan.