Bapa kepada Wan Kuzain Wan Kamal menjelaskan anaknya hanya akan mewakili Malaysia di Sukan SEA (skuad B-23) sahaja dan bukannya pasukan senior kebangsaan sepertimana dilaporkan media tempatan.
Menurut Wan Kamal ini kerana Wan Kuzain menyimpan impian untuk bermain bersama Amerika Syarikat di Piala Dunia justeru dia hanya boleh bermain dengan pasukan peringkat umur dan tidak boleh mewakili mana-mana pasukan senior dalam perlawanan rasmi, yang akan menyebabkan kelayakannya terbatal."Halatuju Kuzain adalah untuk terus bermain dengan kelab profesionalnya di USA dan mewakili USA di Piala Dunia, itu yang pasti.
Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia B23 di Sukan Sea lagipun MLS (Liga Amerika) sedang berehat ketika itu.
Memang kalau ada rezki dia nak mewakili USA di Piala Dunia," kata Wan Kamal di facebooknya.
Sukan SEA 2019 dijadual berlangsung pada hujung November depan dengan Malaysia membawa misi merampas pingat emas dari tangan Thailand.
.