Teong Kim percaya pemain NFDP sesuai sertai Akademi JDT

Kickbola.netPengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Teong Kim saran pemain muda sertai Akademi JDT

JOHOR BAHRU: Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim mengesyorkan pemain bola sepak remaja yang berhajat meneruskan karier profesional supaya menyertai Akademi Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Beliau berkata, pemain muda terutama daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) lebih sesuai menyambung latihan di Akademi JDT memandangkan kelengkapan prasarana serba canggih dan moden hanya ada di kelab bola sepak berkenaan.


"JDT adalah tempat sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional dan tiada tempat lain yang sesuai.

"Malah di Akademi JDT, latihan diadakan tersusun dan menepati kehendak bola sepak moden dan antara terbaik di rantau Asia Tenggara," katanya ketika ditemui di Johor Bahru, kelmarin.

Katanya, untuk membimbing pemain muda, kelengkapkan pusat latihan mengikut piawaian antarabangsa memainkan peranan penting dan di Akademi JDT segalanya lengkap bermula dari peringkat akar umbi sehingga senior.

Ternyata apa diperkatakan Teong Kim ada kebenaran apabila hasil program pembangunan bola sepak dilakukan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013, pasukan remaja sudah menunjukkan peningkatan mendadak.


Antara kejayaan diraih hasil program pembangunan adalah menjuarai Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 18 tahun pada 2018 dan turut kejayaan itu turut dicapai skuad bawah 15 tahun.

Malah menerusi program pembangunan, bawah 14 tahun turut mencipta kejayaan selepas muncul juara Piala Menteri Pendidikan pada 2018.

Bawah 13 tahun juga memenangi kejohanan jemputan antarabangsa Piala JSSL manakala terbaharu, bawah 12 tahun muncul juara kejohanan bolasepak MSSM tahun ini yang semuanya hasil perancangan rapi program pembangunan bola sepak.

"Saya lihat di JDT mempunyai program pembangunan amat baik apabila mengadakan kolaborasi bersama kelab ternama Jerman, Borussia Dortmund dan kelab dari Sepanyol, Valencia CF sebelum ini dan modul digunakan juga bertepatan untuk memajukan pembangunan bola sepak akar umbi.


"Saya percaya Akademi JDT tempat paling sesuai untuk mengembangkan karier bolasepak dan mampu mencungkil lebih ramai pemain muda berkaliber yang akan mengharumkan lagi bola sepak negara,” kata Teong Kim..

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.