Rozaimi Abd Rahman gempur Tembadau di Likas

Kickbola.net Melihat kepada barisan utama JDT II, tidak mengejutkan Sabah tewas dengan jaringan 1-2. Rata2 pemain mereka mempunya pengalaman di pentas antarabangsa sebagai pemain kebangsaan.
Rozaimi wira JDT II di Likas

Hasrat Sabah untuk memulakan kempen Liga Perdana dengan noktah positif tidak kesampaian apabila kecundang 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDTII) di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

B ekas penyerang pasukan itu, Rozaimi Abd Rahman, muncul wira JDT II apabila meledak gol kemenangan buat pasukannya menerusi satu sepakan percuma cantik pada minit ke-83.


Pemain import Sabah, Luka Milunovic, terlebih dulu menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pertama Sabah pada minit ke-13.

Gol itu berpunca hasil kesilapan penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq Nadzli, yang terlepas bola daripada kakinya sebelum cuba diasak oleh Rodoljub Paunovic dan bola kemudian menuju ke arah Milunovic yang dengan mudah melakukan penyudah bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Pasukan pelawat kemudian memiliki peluang terbaik mereka pada minit ke-28, namun sepakan percuma pemain import mereka, Lucas Elias On Tiverton, tersasar dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

JDTII hampir menyamakan kedudukan sebaik memulakan babak kedua menerusi gerakan menarik Lucas yang mengelecek penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim, tetapi percubaannya dikeluarkan Dendy Lowa sebelum bola sempat melintasi garisan gol.

Pada minit ke-58, Sabah pula hampir menambah jaringan menerusi sepakan percuma Sabri Sahar tetapi percubaannya dari jarak kira-kira 25 meter itu sekadar menggegarkan tiang dan percubaan susulan Paunovic dihalang pertahanan lawan.

Penyerang import JDT II, Mohamad Ghaddar, akhirnya menyamakan kedudukan buat pasukannya pada minit ke-62 apabila menanduk masuk sepakan percuma Kumaahran Sathasivam bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Sepakan percuma Rozaimi, kira-kira tujuh minit sebelum perlawanan tamat mengesahkan mata penuh menjadi milik JDT III dengan keputusan 2-1.

Ulasan Fan Club Tambadau Sabah


Kesebelasan JDT II

PG - Mohammed Haziq Nadzli (Bekas Pemain U23 Malaysia)
DF - Che Rashid Che Halim (Bekas Pemain U23 Malaysia)
DF - Mohd Fazly Mazlan (Bekas Pemain Senior Kebangsaan)
DF - Mohamad Hasbullah Abu Bakar (Bekas Pemain JDT)
DF - Dominic Tan (Pemain Kebangsaan)
DF - Bruno Gabriel Soares (Bekas Pemain Hapoel Tel Aviv)
MD - Shakir Shaari (Bekas pemain TRW dan skuad senior Malaysia)
MD - Kumaaharan Sathasivam (Bekas Pemain U23 Malaysia)
MD - Lucas Elyas Ontivero (Bekas Pemain Galatasaray)
FWD - Darren Lok (Bekas Pemain Kebangsaan)
FWD - Mohammed Ghadar (Bekas Penjaring Terbanyak Liga Super bersama dengan TRW)

SUBS -
MD - Amirul Hadi Zainal (Bekas Pemain senior Kebangsaan dan bekas tonggak Selangor)
FWD - Rozaimi Abdul Rahman (Bekas pemain kebangsaan dan Sabah)

Melihat kepada barisan utama JDT II, tidak mengejutkan Sabah tewas dengan jaringan 1-2. Rata2 pemain mereka mempunya pengalaman di pentas antarabangsa sebagai pemain kebangsaan.

Dari segi persiapan pulak, JDT II telah mempunyai skuad lengkap pada penghujung Nov 2018. Mereka telah berlatih bersama sebagai satu unit dua bulan lebih berbanding dengan Sabah yang baru berlatih bulan lepas ekoran masalah perubahan kepimpinan SAFA.

Bukan mencari alasan tapi menuduh Maskot, Home Jersey dan Kenaikan Harga Tiket sebagai punca kekalahan adalah tidak matang. Bukannya Tambadau yang bermain di padang.

Warna Putih sebagai jersi tuan rumah menggantikan Merah tidak menjanjikan kemenangan atau pembawa sial. Ianya hanyalah warna jersi yang sama dipakai setiap perlawanan.

Paling win bila kenaikkan harga tiket menjadi salah satu punca kekalahan Sabah tanpa memikirkan yang membeli tiket adalah peyokong bukan pemain.

Sepatutnya kita naikkan lagi semangat pemain2 kita yang nampak pincang tanpa arah tuju di separuh masa kedua.

Kami yakin jurulatih Jelius Ating sudah mengenal pasti kelemahan ketara iaitu tiada pemain yang boleh menjadi playmaker selepas Sabri Sahar dirantai oleh pemain pasukan pelawat di babak kedua.

Ayuh kita terima kekalahan seadanya kerana pasukan yang kita lawan malam ini adalah sebuah pasukan yang sangat seimbang dan well prepared.

Kami mohon agar lebih banyak kata-kata peransang dapat ditujukan kepada pemain kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu kita hadapi.


Ulasan Quardry Rys (QadoRs)


45 minit pertama.. Sabah menguasai secara keseluruhan namun defend kiri Dan center midfield sangat longar.. Sabah dapat me cari gol pendahuluan MELALUI kesilapan pertahankan JDT II kepada keeper Di mana pounovic dapat mencuri bola tersebut Dan luca melakukan penyudahan mudah..


45 minit kedua.. JDT II meningkatkan rentak perlawanan Dan menguasai keseluruhan masa kedua.. JDT II menyamakan kedudukan MELALUI tandukan mudah gaddar bermula dari set piece..


Sangat mengecewakan kesemua pertahanan sabah tidak bersedia ketika tendangan Percuma diambil.. Sabah sepatut terlebih dahulu Di depan apabila sabri sahar mengambil tendangan Percuma d luar kotak.

Tapi terkena tiang Dan penyudah pounovic sekali lagi sangat mengecewakan dimana beliau terlalu sambil lewa ketika gawang terbuka..


Gol kedua JDT II hadir ketika Rozaimi mengambil tendangan Percuma dari luar kotak..


Untuk sabah tembadau.. 2 import baru tidak mengecewakan secara keseluruhan..

Rozaimi GK - 6/10
Jipun CB - 6/10
Korea CB - 6/10
RB - 6/10
LB - 6/10 - banyak blocking masa kedua tapi sangat loose masa 1st half..

Rico - 4/10 gagal Di defensive.. Banyak buat simple mistake..
Sabri sahar - 5/10 OK tapi perlu gandingan yg baik.. Hilang pada masa kedua
Maxius - 5/10 - tidak banyak menyumbang MELALUI larian mahupun dari bantuan defensive
Gondrong 22 4/10 - Cuba buat sesuatu tetapi ternyata tiada yg dia mampu lakukan.. Hilang arah..

Luca - 6.5/10 - banyak membantu serangan Dan bertahan bila diserang.. Masih Belum serasih sepenuhnya dengan team.. Mom utk sabah.
Pounovic - 4.5/10 - terlalu banyak melakukan kesilapan.. Masih gagal sebagai man target.

JA - perlu cari import yg boleh bermain sebagai MC yg mana boleh membantu striker Dan buat game lebih mudah..

Secara keseluruhan sabah kalah sebab Belum sedia secara sepenuhnya.. Fitness kurang.. Strategi sama Dr season lepas.. Tidak cepat menyerang.. Dan pasingan yg tidak cermat..

P/s: harga ticket naik Rm5 hahahaha

#sabahtembadau
#radutatapradu
#sabahvsjdtii
#pandangandaripeminattegarbolasepak

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.