Luis Figo buat kemunculan di Johor Darul Ta'zim

Kickbola.net Luis Figo buat kemunculan di JDT .
FIGO, BINTANG BOLA SEPAK TERBAHARU MEMBUAT PENAMPILAN ISTIMEWA UNTUK VIDEO JDT

Bekas Pemain Terbaik Dunia dan pemenang Ballon d'Or, Luis Figo telah membuat penampilan khas dalam video pelancaran jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk musim 2019, sekaligus menyertai senarai nama-nama pemain bintang yang pernah membuat penampilan dalam video-video pelancaran yang dihasilkan oleh kelab sebelum ini.

Video bereputasi besar yang dihasilkan oleh kelab sejak beberapa tahun ini, yang mana kesemuanya diarahkan oleh pemilik JDT iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, merupakan perkara yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun dan ia telah membawa kemasukan beberapa wajah terkenal dalam dunia bola sepak sejak dua tahun lalu.


Robert Pires tampil dalam video pelancaran jersi 2018 yang menyaksikan beliau menyerahkan sebuah 'pakej' kepada pemain-pemain JDT sejurus tiba di lapangan terbang dengan menaiki jet peribadi.

Bahagian kedua video, yang merupakan pengumuman kembalinya Gonzalo Cabrera ke JDT, menyaksikan Hernan Crespo, Alessandro Nesta dan Rivaldo turut tampil bersama para pemain JDT dan Tunku Mahkota Johor.

Harimau Selatan juga telah menghasilkan video-video berkualiti ketika memperkenalkan jersi 2016 dan 2017.

Video pelancaran jersi 2019 boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/308016006507290/

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.